Trump Sahkan Operasi Ketenteraan Berakhir, Umum Perang Dengan Iran Tamat

Ketegangan berpunca daripada serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada penghujung Februari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NY Times & Economist
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan operasi ketenteraan AS terhadap Iran telah berakhir

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu disahkan Trump dalam satu temu bual bersama agensi berita Fox News.

Terdahulu, Trump ada mengumumkan bahawa pusingan kedua rundingan akan diadakan dalam beberapa hari akan datang.

Presiden AS tersebut memaklumkan penamatan operasi ketenteraan berkenaan, menurut sebuah hantaran di Instagram oleh wartawan Fox News, Maria Bartiromo, seperti dilaporkan UNN.

Trump jelaskan perang sememangnya telah berakhir

Menurut Trump, ketika menjawab soalan sama ada perang di Iran telah berakhir, dia menyatakan bahawa ia sememangnya sudah berakhir.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden. dia banyak bercakap mengenai ekonomi, perang dengan Iran dan NATO. Saya akan petik satu kenyataannya.

"Saya bertanya kepadanya: 'Anda selalu bercakap mengenai perang ini seolah-olah ia sudah berlalu. Adakah ia sudah berakhir?' Trump menjawab: 'Sudah berakhir,'" kata Bartiromo.

Tambahnya, temu bual penuh bersama Trump akan diterbitkan pada Rabu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik