Trump Padam Imej Janaan AI Gambarannya Sebagai ‘Nabi Isa’ Selepas Dikecam Ramai

Imej janaan kecerdasan buatan (AI) itu dimuat naik lewat malam Ahad sebelum ia dipadamkan semalam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via WPB & Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam memadam satu ilustrasi di media sosial kelihatan menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu berlaku selepas bantahan diterima daripada pemimpin agama yang menuduh Truimp melakukan penghinaan agama.

Imej yang dimuat naik menerusi platform Truth Social milik Trump memaparkan dia memakai jubah merah dan putih yang berkibar, menyentuh dahi seorang lelaki yang kelihatan sakit, dengan cahaya bersinar dari tangan dan kepalanya.

Bendera AS dilihat berkibar sebagai latar belakang, sementara beberapa individu lain kelihatan memandang ke arah Presiden dengan penuh rasa hormat.

Imej janaan kecerdasan buatan (AI) itu dimuat naik lewat malam Ahad sebelum ia dipadamkan semalam.

SAYS.com
Image via Strait Times

Trump nafi mahu orang ramai melihatnya seperti Nabi Isa

Apabila ditanya mengenai hantaran tersebut, Trump menafikan bahawa dia cuba menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa.

"Saya memang memuat naiknya, dan saya fikir ia menunjukkan saya sebagai seorang doktor dan ada kaitan dengan Palang Merah.

"Ia sepatutnya menggambarkan saya sebagai seorang doktor yang menyembuhkan orang. Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membuatkan ramai orang menjadi jauh lebih baik," katanya.

Hantaran itu telah mencetuskan bantahan daripada beberapa tokoh Kristian konservatif terkenal yang juga merupakan antara penyokong kuat Trump.

"Saya tidak tahu sama ada Presiden menyangka ini kelakar atau jika beliau berada di bawah pengaruh sesuatu bahan, atau apa penjelasan lain yang mungkin bagi penghinaan agama yang teruk ini.

"Dia perlu menurunkan hantaran ini dengan serta-merta dan meminta pengampunan daripada rakyat Amerika, kemudian daripada Tuhan," tulis Megan Basham, seorang wartawan dan pengulas konservatif, di platform X.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik