Trump Haram Kemasukan Penyokong Dari 4 Negara Ini Ke Perlawanan Piala Dunia 2026
Ejen imigresen ICE di seluruh AS telah diarah memberikan pengecualian sekatan perjalanan hanya kepada pemain, jurulatih serta ahli keluarga mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Donald Trump mengharamkan penyokong dari empat buat negara daripada menghadiri perlawanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS)
Menerusi laporan Harian Metro, empat negara yang dikenakan sekatan kemasukan penyokong ialah Iran, Haiti, Senegal dan Ivory Coast.
Trump sebelum ini telah mengumumkan Haiti dan Iran akan dikenakan sekatan penuh perjalanan, yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari. Iran negara pertama yang layak ke Piala Dunia menerusi pusingan kelayakan Asia.
Haiti pula layak ke Piala Dunia buat kali kedua, hasil sistem kelayakan CONCACAF yang tidak melibatkan negara tuan rumah bersama iaitu AS, Kanada dan Mexico. Senegal dan Ivory Coast yang turut layak ke Piala Dunia berada di bawah sekatan perjalanan separa.
Ejen imigresen ICE di seluruh AS telah diarah memberikan pengecualian sekatan perjalanan hanya kepada pemain, jurulatih serta ahli keluarga mereka.
Namun, pengecualian tersebut tidak melibatkan penyokong dari keempat-empat negara berkenaan, sekali gus menghalang mereka daripada memasuki AS untuk menyaksikan perlawanan pasukan masing-masing.

Tiada sekatan perjalanan dikenakan di Kanada dan Mexico
Perkara ini membolehkan penyokong dari Senegal menghadiri perlawanan peringkat kumpulan ketiga menentang pemenang playoff di Toronto. Penyokong Ivory Coast pula boleh menghadiri perlawanan kumpulan kedua menentang Jerman, yang juga berlangsung di Toronto.
Sebaliknya, Haiti dan Iran dijadualkan bermain kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka di Amerika Syarikat.
Rumah Putih menyatakan bulan lalu bahawa sekatan akan kekal sehingga negara-negara terlibat menunjukkan "penambahbaikan yang boleh dipercayai" dalam bidang termasuk pengurusan identiti, perkongsian maklumat dan kerjasama dengan pihak berkuasa imigresen AS.
Walau bagaimanapun, larangan itu dilaporkan tidak menjejaskan penduduk tetap sah, ramai pemegang visa sedia ada serta diplomat.
Dalam perkembangan lain, pentadbiran Trump turut menggantung pemprosesan visa secara tanpa tempoh dari 75 negara, namun penggantungan tersebut tidak melibatkan visa perjalanan.
Brazil, Colombia, Mesir, Ghana, Jordan, Maghribi, Tunisia dan Uruguay antara negara yang beraksi di Piala Dunia tersenarai dalam penggantungan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 