Trump Gesa Rakyat Malaysia Yang Tinggal Haram Di AS Sertai Program Pulang Negara Asal
Difahamkan, tawaran itu terbuka kepada semua warga asing yang menetap secara haram di AS.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di Amerika Syarikat (AS) disaran segera mengambil peluang pulang ke tanah air menerusi program pengampunan yang diperkenalkan negara itu
Malah, Amerika turut memberikan ganjaran wang tunai sebanyak AS$1,000 (kira-kira RM4,268).
Menerusi laporan Harian Metro, program itu diperkenalkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS dengan kerjasama agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) menerusi aplikasi khas dikenali CBP Home.
Di dalam program itu, mereka yang berada secara haram di AS ditawarkan bantuan kewangan serta dokumen perjalanan bagi memudahkan urusan pulang ke negara asal.
Image via Harian Metro
Tawaran terbuka juga kepada warga asing yang tinggal secara haram di Amerika
Sementara itu, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam DHS, Tricia McLaughlin berkata, tawaran itu terbuka kepada semua warga asing yang menetap secara haram di AS.
Beliau berkata mereka yang menyertai program berkenaan akan menerima elaun AS$1,000 selepas pengesahan perjalanan keluar dari negara itu.
"Bagi yang mendaftar untuk pulang secara sukarela, mereka tidak akan diberi keutamaan untuk ditahan oleh Agensi Imigresen dan Kastam (ICE).
"Malah, dengan memilih program ini, mereka boleh kembali semula ke AS secara sah pada masa depan untuk mengejar 'impian Amerika'," katanya.
Mengulas lebih lanjut, McLaughlin menegaskan, mereka yang enggan menyertai program itu dan ditahan serta diusir secara paksa oleh ICE akan hilang hak untuk kembali semula ke AS.
Tambahnya, kerajaan AS turut membantu proses tempahan tiket penerbangan dan penyediaan dokumen perjalanan sekiranya diperlukan.
Sebelum ini, bekas duta besar Malaysia ke AS Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan seramai 435 rakyat Malaysia sudah menerima perintah pengusiran terakhir setakat Februari lalu.
AS kini giat bekerjasama dengan negara asal warga asing yang bakal diusir, termasuk negara ketiga yang sedia menerima pelarian.
"Setiap rakyat di mana-mana negara mahu kerajaan mereka melindungi sempadan, termasuk AS. Ia penting kerana ia membabitkan kawalan siapa yang masuk ke negara ini.
"Malah, ramai yang masuk secara haram ke AS menggunakan khidmat sindiket jenayah yang turut terbabit dalam penyeludupan manusia, dadah dan hidupan liar," katanya.
Pentadbiran Presiden Donald Trump tidak akan bertolak ansur terhadap aktiviti jenayah seperti itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 