Ajaib! Gugusan Pasir Ini Timbul Di Tengah Laut Dan Beri ‘Effect’ Cermin Yang Menakjubkan
Seakan magik!
Cover image via TSG #KasiJadiPernah dengar tak 'Sasaran Sky Mirror' yang terletak di Kuala Selangor ni?
Haa mungkin ada yang tak pernah sebab Sky Mirror ni agak *rare* dan susah nak jumpa. Kalau tak silap, tempat ini mula viral di media sosial sejak tahun lepas dan terus menjadi bahan bualan orang ramai selepas itu.
Bayangkan tiba-tiba ada orang jumpa satu kawasan lapang yang luas dan dilitupi dengan air laut cetek yang memberi pemandangan memukau. Sekali tengok memang sebijik macam Shallow Lake di Iceland, tempat di mana Shah Rukh Khan dan Kajol berlari berpelukan dalam klip video Gerua.
Sky Mirror di Kuala Selangor turut disamakan dengan Salar De Uyuni, sebuah tanah lapang berupa garam rata yang luas yang terletak di Bolivia.
Melihatkan pada gambar-gambar yang viral tersebut, saya sebagai seorang kaki jalan teringin sungguh nak lihat sendiri keindahan Sasaran Sky Mirror. Mula-mula tengok gambar, rasa macam tak percaya tempat sebegitu rupa boleh wujud di Malaysia. Di Selangor pulak tu!
Saya pun tertanya-tanya, *"Kat mana sebenarnya tempat ni ya?" Macam mana nak pergi?"*
Image via TSG #KasiJadi
1. Mulakan research di Internet
Pada satu hari minggu, saya ambil keputusan untuk buat *research* di Internet tentang di mana dan bagaimana untuk ke situ. Ternyata, sumber-sumber yang ada di Internet memang tak banyak, yang ada pun kebanyakannya dalam bahasa Cina. Susah betul nak cari info dalam Bahasa Melayu.
Cari punya cari, tiba-tiba saya terjumpa ini:
Image via Adventoro
**[ADVENTORO!](https://www.adventoro.com/)**
**Adventoro** merupakan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk kaki jalan dan kaki *adventure*. Nak jadikan cerita, *timing* saya memang kena pada waktu itu kerana Adventoro ada menawarkan pakej *day trip* ke Sky Mirror. Memang cun lah!
Tanpa membuang masa, saya terus *call* dan *arrange* segala keperluan untuk *trip* tersebut. Rasa tak sabar sangat nak pergi!
2. Misi ke Sasaran Sky Mirror bermula!
Kami semua bertemu di *meeting point* atau istilah lainnya jeti pada pukul 10.30 pagi. Sampai saja di tempat berkumpul, kelihatan ada ramai lagi orang dan deretan bas yang turut sama ingin pergi ke Sky Mirror.
*"Eh ramainya orang! Tapi, kenapa semua orang Cina?"*
Jangan salah faham, jauh sekali niat saya untuk menjadi seorang rasis atau bersifat perkauman. Cuma agak janggal rasanya melihat puluhan warga Cina sedang berkumpul menunggu giliran untuk menaiki bot.
Rupa-rupanya, baru saya tahu Sky Mirror ini sememangnya amat popular di kalangan *Chinese-speaking-Chinese community*. Kebanyakan mereka datang dengan menaiki bas pelancong beramai-ramai berkonsep Rombongan Cik Kiah. Manakala masyarakat lain memang tak ramai, boleh kira pakai jari. Hehe.
Image via TSG #KasiJadi
3. Wajib beli atau bawa props ke Sky Mirror untuk tujuan bergambar
Untuk dapatkan gambar yang cantik dan lebih *cinematic*, anda wajib membawa *props* berwarna-warni yang pastinya akan membantu menaikkan nilai estetika sesebuah gambar. Nanti saya tunjuk perbezaan gambar yang ada *props* dengan yang tak ada *props*. Memang berbeza!
Kami yang tidak tahu menahu tentang itu berasa bertuah sebab ada gerai kecil ini yang menjual pelbagai barangan menarik yang sesuai untuk dibawa ke sana.
Mula-mula rasa macam tak nak beli sebab kami dah pakai baju merah terang (bukan semua), jadi tak ada masalah nak nampak *visible* dalam gambar. Tapi selepas berfikir 10 kali, akhirnya jadi juga kami beli payung. Sekurang-kurangnya dapat juga kami berteduh sedikit di bawah panas terik matahari. Serius memang panas!
4. Jom naik bot!
Setelah menunggu lebih kurang sejam setengah (tak tahulah kenapa lama sangat), akhirnya dapat juga kami naik bot. Satu bot boleh memuatkan lebih kurang 30 orang kalau tak silap. Tak besar mana pun bot nya.
Image via TSG #KasiJadi
Jam menunjukkan pukul 11.50 pagi ketika itu dan perjalanan bot mengambil masa tak sampai 30 minit untuk ke Sky Mirror. Dengan perlahan bot menyusuri kawasan sungai berpaya yang agak cetek pada mulanya. Di sini kami boleh lihat lambakan burung Bangau berkeliaran, beterbangan, jalan-jalan cari makan, dan berehat di habitat mereka yang agak panas dan kering.
Oh lupa nak beritahu. Untuk sampai ke sini, rasanya Waze dan Google Maps memang tak dapat nak beri lokasi yang begitu tepat. Tapi boleh je kalau nak *search* 'Sky Mirror'. Cuma tak berapa pasti tentang ketepatan lokasi tersebut sebab nama jeti ni memang tak ada dalam aplikasi tu.
Kalau ikutkan, lokasinya terletak di Jeram, Kuala Selangor. Tapi ada jugak yang kata kat Sungai Buloh sebab situ memang kawasan Sungai Buloh pun. Memang agak *confuse* sikit sebenarnya. Sama ada kat Kuala Selangor atau Sungai Buloh, saya pun tak pasti sebenarnya.
Mungkin kalau nak senang boleh *search* nama tokong ni kot. Cuma masalahnya saya tak ingat pulak namanya.
5. Selamat tiba di Sky Mirror!
Setelah hampir 30 minit perjalanan, kami akhirnya sampai di Sky Mirror. Woohoo *excited*! Ajaib betul tempat ni. Sedang kami menyusuri lautan Selat Melaka, tiba-tiba ada satu gugusan pasir yang sangat luas *in the middle of nowhere*. Dan gugusan pasir ni memang langsung tak tenggelam. Air laut yang mengalir kat atas pasir ni terlalu cetek tak sampai buku lali pun. Padahal keliling memang penuh dengan lautan biru. Seakan magik!
Tapi mula-mula ada rasa *sceptical* sikit sebab sebaik saja sampai, mata kami disajikan dengan kehadiran puluhan, malah ratusan manusia di situ.
*"Aduh, ramainya orang! Macam mana nak ambil gambar cantik tanpa di-photobombed oleh orang lain?"* dengus hati kecil kami.
Dengar cerita, Sky Mirror ni memang sentiasa penuh dengan lautan manusia pada setiap hujung minggu. Untunglah siapa yang buat bisnes bot kat sini. Kalau tak nak bersesak, bolehlah pergi pada hari bekerja, Isnin sampai Jumaat ya.
Masa kami pergi ni, cuaca sangat panas. Bayangkanlah kami perlu berjemur di bawah terik matahari selama sejam lebih pada pukul 12.30 tengahari. Sebelum pergi, pastikan korang *standby* dengan tuala kecil, atau topi di kepala, dan kalau pakai lengan panjang lagi bagus untuk mengelakkan *effect* belang di lengan. Nak lagi *best*, bawak payung.
Oh lupa, bawak jugak air mineral satu botol besar bagi tujuan hidrasi. Kat sini langsung tak ada tempat berteduh. Jadi, memang terpaksa tahan bahang kepanasan yang membakar setiap inci kulit pada setiap saat. Nasib baiklah tempat ni berangin.
6. Tak macam cermin pun?
Hmmm, adakah Sky Mirror ini hanya indah khabar dari rupa? *Well*, itu apa yang saya rasa masa mula-mula sampai dan ketika percubaan pertama saya mengambil gambar. Dah lah penuh dengan manusia, nak dapatkan *effect* pantulan cermin tu pun bukan main susah.
Rasa macam kena *game*.
Tengok orang lain punya gambar kat Instagram semua lawa-lawa. Memang menjadi betul *effect* pantulan tu. Macam mana entah diorang buat.
Cita-cita datang ke Sky Mirror ni untuk ambil gambar cantik-cantik untuk dimuat naik ke Insta. Kalau gambar lawa, baru boleh dapat banyak *likes*. Tapi selepas beberapa percubaan, hasil gambar masih berada pada tahap *noob* dan amatur. Nak dapatkan 10 *likes* pun susah rasanya.
7. Nasib baik tempat ni besar gila
*Yes*, Sky Mirror ni memang sangat luas! Walaupun ada ratusan manusia datang pada masa yang sama, masih ada banyak lagi *spots* yang tak berpenghuni, sesuai untuk mendapatkan gambar yang lebih *cinematic* tanpa dicemari oleh tetamu yang tak diundang.
Bila dah jauh dari orang ramai, barulah ada *mood* sikit nak ambil gambar. Lama-kelamaan, *effect* pantulan cermin tu dah nampak sikit-sikit. Tapi hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Image via TSG #KasiJadi
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, jom tengok perbezaan gambar yang ada *props* dengan gambar yang tak ada *props*. Korang nilailah sendiri perbezaannya di bawah:
Beza kan?
Sememangnya, siapa-siapa yang datang ke sini **WAJIB** untuk bawak props yang warna-warni. Kalau tak, gambar mesti jadi kurang menarik. Melainkan kalau *effect* pantulan tu betul-betul menjadi.
Tapi untuk dapatkan pantulan tu, kenalah *try and error* banyak kali dan *practice* sampai dapat. *Once you know the trick*, tak ada masalah dah lepas tu.
8. Selepas beratus-ratus gambar diambil, akhirnya effect pantulan semakin jelas kelihatan. Yes!
*Oh well*, hasil yang saya dapat ni takdelah gempak mana pun. Kalau tengok gambar orang lain lagi lawa-lawa belaka rasanya.
Cuma rasa puas hati jugaklah sebab mula-mula ambil gambar memang langsung tak nampak pantulan kat air cetek tu. Macam nak *give up* pun ada jugak.
Tapi akhirnya dapat jugak tahu teknik macam mana nak ambil gambar supaya pantulan tu kelihatan seakan-akan cermin. *Practice makes perfect* katanya kan. Betul lah tu. Hehe.
Tipsnya sebenarnya tak susah mana. Meh sini saya *share* sikit semoga bermanfaat:
**1.** Pergi kat *spot* yang tak ada orang. Lagi *best* nak bergambar dan lebih *privacy*.
**2.** Lebih elok pilih *spot* yang nampak permukaan air sahaja. Konon-konon macam tengah terapung bila berdiri kat situ. (Kalau korang tengok gambar-gambar saya di atas, ada sesetengah gambar yang ada banyak tompok pasir. Tak berapa cantik sangat hasilnya.)
**3.** Kalau nak dapatkan pantulan lebih elok, pilih *spot* yang airnya tenang dan tak ditiup angin. (Sebab angin kat situ agak kuat.)
**4.** Sebelum ambil gambar, tengok dulu dengan mata kasar sama ada nampak atau tidak *effect* pantulan tu. Kalau pantulan tak jelas, sila *re-angle* dan carilah sudut yang betul-betul jelas sampai dapat. Mesti ada.
**5.** Bila dah nampak *effect* cermin dengan mata kasar, baru boleh ambil gambar!
Lagi satu, saya nampak ada fotografer sampai berbaring dan dekatkan lensa kameranya pada permukaan air. Punyalah gigih ambil gambar. Mungkin korang boleh cuba cara ni untuk dapatkan hasil yang terbaik. Saya tak buat sebab tak nak kotor dan malas. Lol.
Sedikit tips dan Q&A untuk ke Sky Mirror:
**Kat mana jeti untuk pergi ke Sky Mirror ni?**
– Nama jeti tu ialah jeti Kuala Sungai Buloh (kalau tak silap) di Jeram, Kuala Selangor. Lokasinya berdekatan dengan Burger King Jeram. Boleh Waze 'Sasaran' jugak.
**Macam mana nak pergi?**
– Jujurnya, saya pun tak tahu sangat. Tapi kalau nak senang, pergi saja ke laman web **[Adventoro](https://www.adventoro.com/)**, beli pakej, dan mereka akan uruskan segalanya *from A to Z*. Lagi senang. Sebab kalau nak pergi sendiri macam leceh je.
**Nak pakai baju apa?**
– Baju biasa je. Tapi pakailah baju terang benderang barulah *stand out* sikit bila bergambar. Lebih elok bawak pakaian lebih sebab takut basah nanti.
**Berapa lama aktiviti di Sky Mirror?**
– Lebih kurang sejam atau sejam setengah, tak termasuk *boat ride*.
**Apa lagi nak kena bawak?**
– *Props, props, and more props.* Lol. Oh, jangan lupa bawak tuala kecik untuk diletakkan di kepala sebab panas, *and water too*. Duit pun *of course* kena bawak. Takkan nak buat pekasam kot.
**Boleh ke nak pergi sorang-sorang?**
– *Better* pergi *in a group* lah. Seronok sikit ada kawan-kawan. Boleh tolong ambilkan gambar. Nak buat gambar lawa-lawa pun boleh. Kalau sorang-sorang macam hambar je. Gambar pun tak cantik nanti.
Apa lagi ya? Rasanya itu je kot.
Ding ding ding! Ada satu pengumuman menarik untuk semua pembaca artikel ni. Serius korang tak boleh miss!
Korang hanya perlu gunakan kod baucar "**SPECIALFORSAYS.com**" dalam setiap pembelian. Kod baucar ini akan memberi:
**1.** Diskaun 10% untuk setiap pembelian pakej
**2.** Tiada had minimum/maksimum
**3.** Boleh kongsi dan gunakan kod ini seberapa banyak yang korang nak
**4.** Pembelian sah sehingga 30 November 2017 (boleh *travel* pada bila-bila masa)
Image via Adventoro
**Adventoro** dengan murah hatinya ingin memberi **DISKAUN 10%** kepada siapa-siapa yang membeli pakej melalui **[laman web](https://www.adventoro.com/)** mereka!
Pilih saja mana-mana pakej yang anda suka, dari pakej 'BEST SELLERS' sehinggalah ke 'TOP DESTINATIONS' dan banyak lagi
Image via Adventoro
Dengan Adventoro, travel akan jadi lebih mudah, selesa, dan menenangkan. Tak payah pening kepala nak fikir pasal itinerary atau tentatif dan tak payah buat research sebab segalanya akan disediakan oleh team mereka yang begitu dedikasi dalam memberikan servis terbaik!
Apa tunggu lagi, layari **[adventoro.com](https://www.adventoro.com/)** dan pilih mana-mana pakej yang korang nak pergi. Rugi kalau lepaskan diskaun 10% ni.
Selamat mengembara semua!

