9 Trend Makanan Dan Minuman Pelik Sepanjang 2016. Mana Satu Anda Pernah Cuba?
Wow macam-macam ada!
Cover image via SAYSTahun 2016 telah memperlihatkan bermacam-macam jenis makan terbaru di Malaysia. Sesetengahnya boleh dianggap pelik oleh masyarakat kita. Ya, mungkin ia sesuatu yang baru untuk kita cuba kan?
1. Cheese sana cheese sini
Antara yang menduduki tangga teratas dalam trend makanan 2016 adalah makanan berunsur cheese. Boleh dikatakan hampir semua makanan yang menjadi viral mempunyai unsur-unsur berkaitan *cheese* ni. Macam-macam ada, goreng pisang *cheese*, murtabak *cheese*, ayam goreng *cheese*, satay *cheese* dan lain-lain lagi!
Semua nak letak *cheese!*
Image via Instagram @piena_baharin
Image via ROJAK Cheese Superb/Facebook
2. Burger 'botingkek-tingkek'
Haaa jangan ingat kek je bertingkat tau, burger pun sama. Kalau dulu mungkin kita ada burger *special* dan burger *double*, tapi tahun 2016 kita ada *super duper triple* burger. Kiranya kalau *order* satu burger ni, 5 orang belum tentu dapat habiskan. Bersalutkan keju dan bahan-bahan lain seperti sos dan mayonis, burger bertingkat kadang-kadang kelihatan sangat menyelerakan dan kadang-kadang juga agak pelik untuk dimakan. Tapi jangan tak tahu, ada pasangan pengantin yang menggantikan kek dengan burger ni tau! Memang *rare* lah!
Image via www.vemale.com
Image via normj1001.blogspot.my
Image via blograwangburgerbakar.com
Image via sharingfoodmlaysia.blogspot.my
3. Burger warna-warni
Tak cukup dengan bertingkat-tingkat, roti burger tahun ni memang unik sikit. Macam-macam warna ada! Sekali pandang burger-burger ni nampak macam burger mainan lah pulak kan?
Image via Instagram @danne_burger
Image via www.tokopedia.com
Image via Instagram @danne_burger
Image via www.tokopedia.com
4. Burger gedabak
Yang ini pula *giant* burger yang sememangnya besar dan memerlukan lebih 10 orang untuk menghabiskannya. Tengok lah tu, memang besar ya amat! Agak-agaknya berapa banyak botol sos lah yang dihabiskan untuk satu burger ini kan?
Image via Instagram @rineygabriel
Image via Instagram @hafizbadri
Image via Eat At Sabah/Facebook
Image via Instagram @sammustakim
Image via Instagram @mrlee_foodietravel
5. Laksa sedut
Ini sememangnya sesuatu yang lain daripada yang lain. Sekiranya anda biasa melihat laksa dijual di dalam plastik dibungkus dan diikat dengan getah, namun 2016 memperkenalkan wajah terbaru laksa tempatan. Laksa tersebut dijual di dalam cawan plastik dan cara memakannya adalah dengan menyedut laksa menggunakan *straw*.
Image via Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah/Facebook
Image via Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah/Facebook
Image via Fairy Fabes/Twitter
Image via Ahmad Maslan/Twitter
6. Roti tisu 'menara'
Image via www.burpple.com
Image via bjsenang.blogspot.my
Image via meciko.blogspot.my
Image via www.foodspotting.com
Image via gadisarawakcorner.blogspot.my
Buat pelanggan tegar kedai mamak, paling tidak pasti anda pernah *order* roti tisu seperti ini sekali. Roti tisu sememangnya sangat halus dan nipis. Gula dan susu yang ada pada roti tersebut menaikkan lagi rasa keenakan roti yang sangat rangup. Selain itu, buat tahun 2016, roti ini menjadi *trend* yang dihasilkan dengan beberapa penambah selera seperti coklat dan sebagainya.
7. Gula-gula berasap
Image via hariannews.com
Image via hariannews.com
Image via vitdaily.com
Image via vitdaily.com
Kalau anda ingat hanya rokok atau vape saja yang berasap apabila dihisap oleh seseorang, anda salah! Tahun 2016 juga memperkenalkan sejenis gula-gula yang mengeluarkan asap. Katanya *trend* ini bermula di Pontian, Johor dan seterusnya merebak terus ke seluruh negara. Yang *best*nya bila makan gula-gula ni, mulut anda akan mengeluarkan asap. Fuhh, dah macam kat luar negara lah pulak!
8. Air minuman gunung berapi
Kenapa ia dipanggil gunung berapi? Ini disebabkan buih-buih air tersebut yang meleleh-leleh. Kebanyakan air minuman seperti adalah minuman yang berasaskan susu. Sebab itulah ia berbuih!
Image via normj1001.blogspot.my
Image via normj1001.blogspot.my
Image via ella_elly.blogspot.my
Image via wanderlustdj.blogspot.my
9. Minuman hipster
Buat kaki-kaki kafe pula, kopi-kopi dan minuman hipster mesti pernah dicuba mereka. Macam-macam *style* kopi ada. Ada dalam cawan lah, balang air lah, beg darah lah dan banyak lagi. Semua pun tak nak mengalah!
Image via www.merahussain.com
Image via www.blogammar.com
Image via www.merahussain.com
Image via www.merahussain.com
Image via www.merahussain.com


