Tren Tambah Waktu & Laluan Bas Terganggu Sempena ASEAN Summit, Ini Yang Anda Kena Tahu
Sidang kemuncak ASEAN yang ke-46 bakal berlangsung di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rapid KL akan melanjutkan tempoh operasi rel pada waktu puncak pagi dan petang bermula 23 Mei hingga 28 Mei ini
Selaku jenama kepada pengendali perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang, Rapid KL akan memanjangkan waktu operasi tren pada waktu puncak pada tempoh tersebut bagi memudahkan perjalanan pengguna.
Waktu puncak pada hari bekerja sepanjang tarikh tersebut akan ditambah satu 1 jam pada sebelah pagi dan petang.
Berikut adalah perbezaan jadual operasi tren waktu puncak pada hari biasa dengan waktu puncak sempena sidang ASEAN:
Image via Rapid KL
Kekerapan operasi tren pada hari Sabtu dan Ahad turut dipertingkatkan bagi menampung bilangan penumpang yang dijangka bertambah pada minggu ini.
Berikut adalah jadual kekerapan tren pada 24 Mei dan 25 Mei 2025:
Image via Rapid KL
Beberapa laluan dijangka mengalami kelewatan jadual perjalanan susulan penutupan jalan secara berperingkat sepanjang tempoh tersebut
Berikut adalah laluan yang terlibat dijangka mengalami kelewatan bagi operasi perkhidmatan bas dan Rapid KL On-Demand:
- Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri)
- Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)
- Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)
- Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)
- Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)
Pengguna bas yang ingin menuju ke KLCC dan kawasan sekitarnya disaran untuk menggunakan perkhidmatan rel bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Antara stesen rel yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya)
- Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya)
- Stesen Raja Chulan (Monorel KL)
- Stesen Conlay (Laluan Putrajaya)
- Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang dan Monorel KL).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 