[GALERI] 10 Resort ‘Tree House’ Di Malaysia Yang Amat Menakjubkan

Rasa macam tak nak balik rumah terus.

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.tabinwildlife.com.my
Logo

1. Terra's Tree House @ Cameron Highlands

Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu meredah laluan hutan atau *jungle trekking* sejauh 300 meter. **Terra's Tree House** terletak di celahan hutan hijau di kawasan terpencil di Cameron Highlands yang begitu mendamaikan. Suasana segar dan semula jadi yang ditawarkan di resort ini sangat sempurna untuk percutian seisi keluarga pada hujung minggu.

Maklumat lanjut di **Facebook [Terra's Tree House](https://www.facebook.com/terratreehouse/)**.

2. Permai Rainforest Resort @ Kuching

**Permai Rainforest Resort** adalah sebuah eko-resort di hutan hujan asli Borneo yang terletak di pantai Laut China Selatan, dan di kaki Gunung Santubong. Resort ini dibina dengan teliti dan cukup berhati-hati bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar semula jadi. Ia menawarkan pengalaman hutan hujan yang unik dengan pemandangan yang pasti memukau setiap pengunjung.

Maklumat lanjut di **[permairainforest.com](http://permairainforest.com/)** dan **Facebook [Permai Rainforest Resort](https://www.facebook.com/Permai-Rainforest-Resort-34129275171/timeline)**.

3. Fox Hill Tree Top @ Langkawi

**Fox Hill** terletak di kawasan tengah pulau, menghadap ke sawah padi dan gunung Mat Cincang di ufuk matahari terbenam. Pemandangan indah yang menakjubkan di sini boleh dinikmati sepanjang masa, tidak kira pagi, petang atau malam. Resort ini berfungsi sebagai tempat yang menjadi sumber inspirasi di mana pengunjung boleh hilang dalam dunia mereka sendiri dan bermimpi sambil diiringi muzik alam.

Maklumat lanjut di **[www.foxhill-langkawi.com](http://www.foxhill-langkawi.com/)** dan **Facebook [Fox Hill Langkawi](https://www.facebook.com/Fox-Hill-Langkawi-Kampung-Homestay-Resort-112749368785639/)**.

4. JapaMala Resort @ Pulau Tioman

Terbentang disebalik pantai dan hutan, **JapaMala Resort** begitu sinonim dengan gelaran 'Syurga keamanan dan kebahagiaan'. Nama 'Japamala' diambil daripada tasbih yang digunakan dalam meditasi mantra. Definisi mewah di resort ini adalah pengalaman pengunjung dikelilingi oleh keindahan luar biasa yang begitu tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota.

Maklumat lanjut di **[www.japamalaresorts.com](http://www.japamalaresorts.com/)** dan **Facebook [JapaMala Resort](https://www.facebook.com/JapaMalaResort/?fref=ts)**.

5. Tabin Wildlife Resort @ Kota Kinabalu

**Tabin Wildlife Resort** merupakan sebuah resort eksklusif yang terletak di dalam kawasan rizab hidupan liar terbesar di Malaysia dengan keluasan 123,000 hektar di Kota Kinabalu, Sabah. Trekking melalui laluan semula jadi menyediakan peluang untuk meneroka dan mempelajari tentang pokok-pokok eksotik hutan hujan, tumbuhan ubatan, fauna yang kaya, dan peluang untuk melihat spesies haiwan dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Maklumat lanjut di **[www.tabinwildlife.com.my](http://www.tabinwildlife.com.my/index.cfm)** dan **Facebook [Tabin Wildlife Holidays](https://www.facebook.com/Tabin-Wildlife-Holidays-Borneo–111441605544390/timeline)**.

6. The Dusun @ Seremban

Dengan lima banglo serba lengkap di dalam kebun durian, pengunjung boleh menikmati privasi sambil ditemani kicauan burung dan menikmati pemandangan indah bukit Mantin dan Hutan Simpan Berembun di **The Dusun**. Ia adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama orang yang tersayang.

Maklumat lanjut di **[thedusun.com.my](http://thedusun.com.my/)** dan **Facebook [The Dusun](https://www.facebook.com/thedusun/)**.

7. Earth Camp @ Gopeng

**Earth Camp** menawarkan pelbagai aktiviti *outdoor* lasak seperti berkayak, *white water rafting*, *rock climbing*, *high rope courses*, merempuh halangan, dan lain-lain. Walaupun tempat lebih sesuai untuk *team building*, pengunjung pasti tak nak lepaskan peluang menginap di *tree house* yang disediakan. Tandas dalam tong di sini juga cukup unik!

Maklumat lanjut di **[nomadadventure.com](http://nomadadventure.com/)** dan **Facebook [Nomad Adventure](https://www.facebook.com/nomadadventure/?fref=ts)**.

Image via Airbnb

Image via Airbnb

Image via Airbnb

8. Malibest Resort @ Langkawi

Terletak di lokasi paling strategik di Langkawi iaitu di Pantai Cenang, **Malibest Resort** memberi pengalaman menginap di *tree house* betul-betul di tepi pantai. Balkoni yang disediakan membolehkan pengunjung menikmati pemandangan 180 darjah Pantai Cenang sambil menghirup bayu laut yang segar.

Maklumat lanjut di **[malibestresort.com](http://malibestresort.com/index.php?p=1_8_Tree-House)**.

Image via www.channels.nl

9. The Roots Eco Resort @ Ipoh

'Roots' bermaksud "Akar manusia, Akar kehidupan". **The Roots Eco Resort** diilhamkan oleh puak orang Asli tempatan yang tinggal berhampiran Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak. Konsep buluh dan kayu yang digunakan benar-benar mencerminkan kehidupan dalam hutan yang begitu dekat dengan alam semula jadi yang mendamaikan.

Maklumat lanjut di **[www.rootsmalaysia.com](http://www.rootsmalaysia.com/)** dan **Facebook [The Roots Eco Resort](https://www.facebook.com/The-Roots-Eco-Resort-255218204497877/timeline)**.

10. Rainforest Tree House @ Kulai

Selain popular sebagai tempat mendaki, Gunung Pulai di Kulai, Johor juga 'menyembunyikan' sebuah resort dengan konsep *tree house*. Keistimewaan yang ada pada **Rainforest Tree House** ini ialah ianya terletak berdekatan dengan Air Terjun Gunung Pulai yang begitu jernih, bersih, dan sungguh menyegarkan. Pastinya satu lokasi yang perlu ada dalam *checklist*.

Maklumat lanjut di **Facebook [Rainforest Tree House](https://www.facebook.com/rainforest.treehouse.johor)**.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak nak duduk di tree house, boleh juga try menginap di banglo mewah atau di hotel-hotel unik. Semuanya di Malaysia!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: