Trauma Kena Cium Tiba-Tiba, Budak Ini Termenung Jauh Selepas Mainan Buihnya Dipinjamkan
Muka adik tu ketat betul.
Cover image via @shewin4 (TikTok)Meluangkan masa bersama keluarga di kawasan rekreasi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan
Terutama sekali apabila dalam keluarga kita masih mempunyai anak kecil yang tidak pernah bosan dengan berseronok.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan reaksi muram seorang kanak-kanak selepas mainan buihnya dipinjam oleh seorang wanita telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Termenung jauh selepas kena cium di pipi secara tiba-tiba
Menerusi video yang telah dikongsi oleh @shewin4 di TikTok, seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat murung selepas alat mainan buihnya dipinjamkan kepada seorang wanita yang tidak dikenali.
Malah, dia juga turut terkejut selepas diberikan ciuman di pipi secara tiba-tiba oleh wanita berkenaan lalu membuatnya diam terkedu.
Jelasnya, tujuan wanita itu meminjam mainan kanak-kanak itu hanya sekadar untuk membuat content di TikTok.
Lihat video lain di bawah:
"Jangan dik terlalu mengenang, buruk padahnya. Cinta itu berat" – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 847.5K tontonan, 51.8K tanda suka dan 165 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi budak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shewin4 (TikTok)
Image via @shewin4 (TikTok)
Image via @shewin4 (TikTok)
Sabar ya dik, setiap orang ada dugaan masing-masing. Tapi min tengok dugaan adik ni special sikit :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

