Dulu Buncit Kini Six-Pack, Keluarga Ini Lakukan Transformasi Luar Biasa Dalam 6 Bulan Saja
lni baru betul-betul #familygoals!
Cover image via SAYS via Instagram @xyjesseBaru-baru ini, gambar transformasi seorang lelaki bersama keluarganya telah viral di media sosial dan dijadikan inspirasi untuk netizen pada tahun baru ini!
Dikatakan lelaki dan ahli keluarganya ini hanya mengambil masa enam bulan sahaja untuk kelihatan ripped!
Gambar yang menunjukkan perubahan keluarga itu telah mendapat perhatian netizen dan telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini.
Idea ini terdetik apabila lelaki berumur 32 tahun itu, XY Jesse menjemput ibu bapanya tinggal bersamanya untuk sementara waktu ketika isterinya sedang mengandung anak pertama
Memetik laporan Bored Panda, Jesse yang merupakan seorang jurugambar difahamkan telah menjemput ibu-bapanya tinggal bersamanya kerana ia akan menjadi peluang yang baik untuk mengeratkan ikatan keluarga mereka.
Beliau tekad untuk membantu bapanya mendapatkan semula keyakinan dan semangat untuk hidup dengan program penurunan berat badan. Hal ini kerana Jesse melihat bapanya bergelut dengan alkohol dan mengalami berat badan berlebihan.

