Hanya Kerana Sebuah Telefon Bimbit, Low Yat Plaza Diserang 200 Perusuh
24 gambar, 11 video dan 1 kesimpulan untuk kejadian berdarah di Kuala Lumpur ini
Cover image via FacebookPada 12 Julai lepas, sebuah insiden pergaduhan berlaku di Low Yat Plaza yang tercetus akibat salah faham tentang sebuah telefon bimbit berjenama Lenovo
Yang pasti dalam kejadian ini, kedai telefon bimbit Oppo berperanan sebagai penangkap orang yang didakwa mencuri. Mereka tidak menjalani urusan jual beli yang berkaitan dengan telefon klon tersebut, tetapi akibat dari insiden ini, mereka menjadi target utama.
Image via Forum Cari
Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati pada rakan lelaki itu, menyebabkan 7 orang rakannya menyerang kedai telefon Oppo tersebut
Dari video di atas, kita boleh lihat ramai peniaga-peniaga turut campur tangan dalam kekecohan tersebut. Kami mengandaikan, mungkin peniaga-peniaga ini bertindak secara beramai-ramai kerana enggan berlaku lebih banyak kekecohan dan kerosakan yang boleh mengganggu perniagaan mereka.
Dan kami juga mengandaikan, antara sebab mengapa tercetus pula rusuhan selepas dari insiden ini ialah apabila tujuh orang lelaki ini diejek dan dihalau dari Lowyat Plaza dan ini mungkin menyebabkan mereka 'panas hati'.
Ini video sebelum dan ketika tujuh orang lelaki memukul pekerja Oppo:
Berikutan insiden curi atau tipu ini, rusuhan melibatkan lebih 200 orang berlaku di kawasan bangunan Low Yat Plaza tengah malam tadi
Image via Forum Cari
Image via Forum Cari
Image via Forum Cari
Image via Forum Cari
Image via F a c e b o o k News 新闻最前线
Image via Pencuri Movie
Image via Pencuri Movie
Image via F a c e b o o k News 新闻最前线
Image via Pencuri Movie
Image via Pencuri Movie
Rusuhan yang cuba dimulakan sejak pukul 8 malam berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa dengan melarang mana-mana orang berkumpulan daripada memasuki kawasan Low Yat Plaza.
Tetapi akhirnya, menjelang tengah malam rusuhan tetap berlaku. Kumpulan ini menyerang orang awam secara rambang, hingga wartawan dan orang awam yang sedang menjamu selera di kedai makan berdekatan turut menjadi mangsa.
Dalam salah satu video di bawah, mereka juga turut memaki hamun pihak berkuasa dengan menuduh mereka sebagai 'barua' hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam premis perniagaan.
Dalam kejadian ini, dilaporkan 5 orang cedera dan kerugian adalah berjumlah lebih RM70,000.
Image via Pencuri Movie
Image via Pencuri Movie
Image via Pencuri Movie
Image via Pencuri Movie
Image via omakkau.blogspot.com
Ada juga yang mendakwa, apabila rusuhan ini berjaya dihalang oleh pihak polis dan FRU di hadapan Low Yat Plaza, ia bersambung pula di belakang Imbi Plaza
Image via FB Top News
Image via FB Top News
Image via FB Top News
Image via FB Top News
Image via FB Top News
Image via We Boycott Low Yat
Image via We Boycott Low Yat
Namun demikian, pihak polis dan FRU telah bertindak dengan cekap menghalang kejadian ini dari berlaku dengan lebih teruk, dan akhirnya perusuh berjaya disuraikan.

