Top 10 Universiti Terbaik Asia Tenggara Tahun 2025 – “UM, UPM & UKM Antara Yang Tercalon!”

Malaysia on top!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Uni Enrol & UM Center
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat masuk ke pengajian tinggi di universiti sememangnya menjadi penanda aras untuk seseorang terus berjaya

Malah, bukan semua orang terpilih dan dapat memasuki ke universiti kerana perlu diteliti terutamanya pada bahagian akademik.

Di Malaysia, universiti-universiti yang ada tidak kurang hebatnya sehingga berjaya menjadi terbaik di dunia.

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsikan kepada anda bagi senarai universiti di Asia Tenggara terbaik pada tahun 2025 yang telah diterbitkan oleh QS World University Rankings.

1. National University of Singapore (NUS) (Singapura)

Universiti Nasional Singapura (NUS) ialah universiti penyelidikan awam kebangsaan di Singapura. Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1980 dengan penggabungan Universiti Singapura dan Universiti Nanyang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mcdonnel

2. Nanyang Technological University, Singapore (NTU Singapore) (Singapura)

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) ialah sebuah universiti penyelidikan awam di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 1981, ia juga merupakan universiti autonomi kedua tertua di negara ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nanyang Technological University, Singapore

3. Universiti Malaya (Kuala Lumpur, Malaysia)

Universiti Malaya ialah sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian tinggi Malaysia tertua dan juga satu-satunya universiti di dalam pasca-kemerdekaan Tanah Melayu.

Universiti ini telah menamatkan pengajian lima Perdana Menteri Malaysia, dan tokoh politik, perniagaan dan budaya terkenal negara yang lain.

4. Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Malaysia

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, hasil daripada penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. 

Image via UPM

5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Bangi, Malaysia)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah universiti penyelidikan awam Malaysia yang ditubuhkan pada 18hb Mei 1970 dan berpusat di Bangi, Selangor.

Kampus Bangi yang merupakan kampus induk menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran universiti, 9 fakulti, 9 kolej kediaman dan 8 institut penyelidikan manakala Kampus Kuala Lumpur menempatkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPPKK UKM), 4 fakulti, 2 kolej kediaman dan 1 institut penyelidikan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via UKM

6. Universiti Teknologi Malaysia (Skudai, Malaysia)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.

Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Gambar sekadar hiasan.

Image via World UZ

7. Taylor's University (Subang Jaya, Malaysia)

Taylor's University atau popular dipanggil Taylor's ialah sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia diasaskan pada tahun 1969 sebagai sebuah kolej, telah dianugerahkan status kolej universiti pada tahun 2006, dan status universiti pada tahun 2010.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Taylor's University

8. Universiti Sains Malaysia (USM) (Gelugor, Malaysia)

Universiti Sains Malaysia merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.

Hal ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via USM

9. UCSI University (Kuala Lumpur, Malaysia)

Universiti UCSI ialah sebuah universiti swasta di Malaysia. Universiti itu diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Kejururawatan Malaysia (MNB), dan beberapa badan profesional lain.

Universiti UCSI menyediakan program akademik di peringkat sarjana dan pasca siswazah. Ini termasuk program dalam perniagaan, kejuruteraan, seni bina, perubatan, farmasi, kejururawatan, pelancongan, sains gunaan, muzik dan sains sosial.

Gambar sekadar hiasan.

Image via UCSI University

10. Universitas Indonesia (Depok, Indonesia)

Universiti Indonesia (UI) ialah sebuah universiti awam di Depok, Jawa Barat dan Salemba, Jakarta, Indonesia.

Ia merupakan salah satu institusi pendidikan peringkat pengajian tinggi tertua di Indonesia (dikenali sebagai Hindia Timur Belanda apabila UI ditubuhkan), dan secara umumnya dianggap sebagai salah satu universiti paling berprestij di Indonesia, bersama-sama dengan Universiti Gadjah Mada dan Institut Teknologi Bandung.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Universitas Indonesia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: