Tomei Lancar Koleksi ‘Pulang’, Gaya Minimalis Jadi Pilihan Anna Jobling Untuk Aidilfitri 2026
Koleksi Raya 2026 'Pulang' kini boleh didapati di semua cawangan butik Tomei di seluruh negara.
Cover image via TomeiFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang ketibaan Syawal, jenama barang kemas terkemuka, Tomei, secara rasminya melancarkan koleksi Hari Raya 2026 bertemakan 'Pulang, The Joy I Carry Home'
Koleksi ini membawa mesej mendalam mengenai nostalgia, kegembiraan, dan nilai peribadi yang dibawa pulang kepada keluarga.
Majlis pelancaran yang diadakan di Ibu Pejabat Tomei ini turut menampilkan pelakon popular, Anna Jobling, yang kini memasuki tahun kedua sebagai duta jenama bagi menterjemahkan sisi elegan dan sofistikated koleksi emas serta berlian terbaharu mereka.
Anna Jobling, yang sememangnya dikenali dengan cita rasa fesyen yang tinggi, mengakui bahawa dia lebih cenderung kepada rekaan yang ringkas namun eksklusif untuk gaya lebaran tahun ini.
"Saya peminat emas sejak kecil lagi. Untuk raya kali ini, saya memilih rekaan yang lebih mudah dan minimalis kerana ia sangat versatil untuk digayakan oleh semua peringkat umur dan sesuai dalam apa jua suasana," ujar Anna. Beliau turut memuji kualiti Tomei yang tahan lasak dan selamat untuk dipakai dalam aktiviti harian.

Anna Jobling
Image via TomeiMaksud di sebalik tema 'Pulang' dan promosi eksklusif daripada Tomei
Menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia, pemilihan tema 'Pulang' adalah untuk menyentuh hati setiap insan yang merindui saat pulang ke kampung halaman atau membawa pulang sesuatu yang bermakna buat orang tersayang.
Walaupun pasaran emas kini menunjukkan trend peningkatan harga, Tomei tetap komited memberikan nilai terbaik kepada pelanggan dengan menawarkan rangkaian harga yang luas, bermula dari RM1,000 sehingga RM100,000.

Menerusi kempen ini, Anna Jobling tampil memukau dalam empat gaya berbeza yang memadankan koleksi utama Tomei, antaranya:
- Sri Puteri
- Diamond Cut
- Anastasia
- Tomei Diamond Collection
Bagi peminat barang kemas, pelanggan yang membuat pembelian bermula 6 Februari 2026 layak menikmati promosi eksklusif termasuk barangan pemberian percuma (GWP) berupa beg tote istimewa (sementara stok masih ada).
Koleksi Raya 2026 'Pulang' kini boleh didapati di semua cawangan butik Tomei di seluruh negara serta melalui platform dalam talian rasmi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



