TokTi Kecewa Dengan Spekulasi Melibatkan Dirinya, Tegas Nyanyi Tanpa Minta Apa-Apa Bayaran

Menurut Siti, beliau diundang hanya sebagai tetamu dan bukan sebagai artis yang membuat persembahan di majlis rumah terbuka KKM.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan persembahannya di sebuah majlis rumah terbuka dan sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah rela hati

Menerusi perkongsian biduanita negara itu di Instagram, perkara itu ditegaskan beliau setelah terdapat pihak yang membuat spekulasi negatif terhadapnya susulan persembahannya tersebut.

"Saya diundang sebagai tetamu, saya hadir dan datang menyantuni majlis, dan saya dengan rela hati membuat persembahan (saya tidak diundang atas kapasiti artis yang membuat persembahan).

"Saya hanya ingin menghiburkan semua yang ada semalam, malah saya turut ke majlis-majlis lain dan kebanyakan tahu, saya akan menyanyi jika keadaan mengizinkan.

"Kepada semua yang menyampaikan hal palsu ini, baik media, individu, netizen, saya berharap agar anda sedar akan implikasi fitnah kepada seseorang," tulisnya.

Image via Instagram

Memberi saranan supaya semua pihak membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat

Dalam perkongsian berkenaan, penyanyi yang mesra dengan panggilan TokTi tersebut mengingatkan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil kerana ia melibatkan sesuatu yang tidak benar melibatkan dirinya tersebar.

"Saya anggap ini bukan hal kecil sebab berita keluar, portal keluar, sosial media keluar, kemudian anda tulis status pula, tulis komen, bertebaran dan ini harus saya hentikan.

"Anda nak menuding jari atau menzahirkan rasa, pandangan atau sesuatu berkaitan mana-mana badan, jabatan dan sebagainya, jangan kaitkan dan bangkitkan sesuatu yang akhirnya jadi fitnah dan saya pula antara yang diperkatakan dan jadi mangsa tohmahan secara tak langsung.

"Pastikan sesuatu yang sahih baru menulis kerana fitnah, komen, petikan nama, gambar, ulasan yang tidak benar ini memberikan implikasi yang sangat tidak baik, walhal saya seikhlas hati menghiburkan tanpa bayaran pada majlis yang diperkatakan itu," jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: