Berhenti Tonton Video Mengarut Dan 7 Lagi Tips Pemuda Ini Beri Untuk #SayaZahra
Menonton video kurang berfaedah yang disebarkan di laman sosial boleh melemahkan survival anda untuk hidup dalam kegawatan ekonomi. Eh, macamana tu?
Cover image via rumpi.coSemenjak viralnya video ucapan #SayaZahra tidak berapa lama dahulu, ramai individu yang turut melontarkan pendapat tentang hakikat kehidupan belia masa kini
Namun dalam banyak-banyak pendapat yang diutarakan, pendapat lelaki berusia 24 tahun ini paling menarik perhatian kami
Ini kerana pandangan dan pendapatnya sangat *simple* dan mudah untuk dipraktiskan oleh sesiapapun.
Abell Jefrry bekerja sendiri. Dia tiada pendapatan tetap dan tiada jaminan majikan. Pendapatan bulanannya bergantung kepada usaha kerjanya setiap hari.
Abell harus menyara kedua ibu-bapanya, dan juga tiga adik beliau yang masih bersekolah. Cita-cita Abell adalah memastikan kedua orang tuanya bersara dalam masa terdekat dan terus menyara keluarga dan bakal isterinya, oleh itu dia harus berusaha lebih kerja siang malam tak tentu masa, tak tentu hari.
Image via Facebook Abell Jefrry
Sebagai seorang anak muda, Abell ada tips sendiri bagaimana untuk hidup di kotaraya Kuala Lumpur, walaupun dia tidak menerima gaji seperti orang lain:
1. Berkemampuan mengikut belanja
Kita selalu dinasihati supaya berbelanja mengikut kemampuan, tapi bagi Abell cara paling praktikal adalah sebaliknya. Kita kena berkemampuan atau bekerja mengikut apa yang hendak kita belanjakan.
Jika kita inginkan sesuatu, kena cari duit lebih, korek duit tabung atau *adjust* budget lain mengikut kesesuaian. Pastikan bajet tetap bulanan kena tetap sama dan tidak terganggu. Disiplin tu penting dalam berbelanja dan merancang perbelanjaan.
Image via Facebook Abell Jefrry
2. Berjimat dan jangan membazir beli benda mahal-mahal bila tak perlu
Abell juga sama seperti lelaki yang masih muda lain, dia suka bergaya. Tapi beliau memilih untuk membeli pakaian daripada kedai pakaian bundle, atau di kedai komersil Brands Outlet atau FOS yang sering membuat tawaran "Beli 1, percuma 1"
Selain daripada itu, Abell juga suka menghias rumah. Menurut beliau, rumahnya ada perabot penuh lengkap. Tetapi perabot yang dibeli kebanyakannya *secondhand*, atau yang murah dari IKEA atau Index. Dia akan pastikan perabot yang ingin dibeli adalah yang murah dan berkualiti.
Bukan itu saja, rumah beliau ada **ambient lighting system** dan **smarthome system** yang dipasang sendiri di masa lapang. Gaya hidupnya mungkin nampak macam mewah, tapi sebenarnya tak keluar banyak duit pun.
3. Jangan terlalu kerap tukar telefon bimbit atau gajet
Kurangkan berbelanja untuk gadget dan smartphone berjenama mahal-mahal. Beli gajet dengan melihat kepada spesifikasi *hardware* dan *software*, dan bukannya mengikut jenama. Abell biasanya memakai telefon pintar sehingga 3-4 tahun. Contohnya terkini, Abell memakai OnePlus One yang dibeli dengan harga RM1100 tapi *specs*nya sangat bagus setanding dengan telefon *high end*.
Untuk kegunaan bisnes dan kerja, Abell menggunakan MacBook Pro terpakai yang dibeli dengan harga RM1600 saja; sudah dipakai selama 4 tahun tapi masih mantap.
Image via Facebook Abell Jefrry
4. Jangan terikut-ikut sangat orang yang pandu kereta mewah atau mahal
Menurut Abell, dia tak boleh memandu, jadi dia tidak mempunyai kereta dan hanya berjalan kaki, naik LRT dan bas saja jika hendak ke mana-manai. Abell juga merancang untuk memakai kereta Viva apabila berumahtangga nanti kerana bagi beliau, kereta mewah bukanlah satu keperluan sebaliknya rumah untuk keluarga lebih penting.
Image via Instagram Abell Jefrry
5. Mahal atau murah sebuah rumah, tetap perlu berusaha kumpul deposit
Memang rumah di Kuala Lumpur tak murah. Tapi Abell berpendapat belia tidak harus patah hati. Teruskan berusaha untuk mengumpul duit, bila sampai masanya paling tidak duit deposit dah sedia. Rumah pertama tak perlu mewah atau di kawasan yang mahal. Cari yang boleh bagi keuntungan, dan bukan bebanan.
Jika anda seorang yang bujang tapi tetap ingin memiliki rumah, anda boleh sewakan bilik-bilik pada orang lain. Kena gaya, ansuran bulanan pun penyewa yang bayar kita duduk free. Abell juga mencadangkan supaya para belia lebihkan membaca berkenaan pengurusan hartanah untuk mengelakkan kesilapan semasa beli rumah pertama.
Image via kafeque.blogspot.com
6. Jangan tambah hutang untuk perkara yang mengarut
Abell kongsi tips untuk ukur kemampuan kamu membeli sesuatu. Jika kamu tak mampu membeli sesuatu benda dalam jumlah tiga biji atau tiga buah, batalkan keinginan itu. Kerana itu tandanya kamu kurang mampu.
Jangan *shopping* beli baju mahal-mahal guna kad kredit tetapi hakikatnya habuk pun tiada. Orang kaya menggunakan kad kredit semata-mata untuk kumpul point/reward/rebate saja, bukan kerana nak berhutang. Itu beza orang ada duit, dengan orang konon-konon ada duit, begitu menurut Abell.
Image via imore.com
7. Ingin melabur tapi tiada duit? Labur pada diri sendiri.
8. Tak salah komplen, tapi pada masa yang sama fikirkan jalan untuk selesaikan masalah
Komplen itu tandanya kita sedar dan kita tahu ada perkara yang tak kena. Tetapi dalam masa sama kita kena cari penyelesaian dan berbincang dengan kawan-kawan, keluarga, cikgu atau mentor. Jangan tunggu orang lain selesaikan, sebab kalau semua orang menunggu orang lain, bukankah tiada hasil?
Jadilah manusia yang proaktif, dan bantu orang lain juga selesaikan masalah. Fokus pada benda yang dalam kawalan kita dulu. Bila semua orang buat macam ni, baru masalah besar dapat diselesaikan.
Image via Instagram Abell Jefrry

