Lebih 3k ‘Retweets’, Lelaki Ini Kongsi Tips Bijak Urus Gaji. Yang Baru Bekerja WAJIB Baca!
Tidak sesukar yang disangka, cuma kena disiplinkan diri.
Cover image via GoogleRamai anak muda yang masih belum tahu cara terbaik untuk menyimpan duit. Lebih-lebih lagi yang baru mula bekerja dan masih tidak mempunyai monthly budget plan.
Image via Magazine Job-like
Sebenarnya, adalah penting bagi setiap orang untuk ketahui perbelanjaan yang bakal digunakan setiap bulan. Contohnya seperti semua bil yang perlu ditanggung dan juga komitmen yang sentiasa akan dibayar pada setiap bulan dengan jumlah yang tetap.
Jadi, anda seharusnya mempunyai plan bajet bulanan untuk mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar. Ianya adalah untuk anda membuat perancangan awal untuk jumlah yang ingin disimpan selepas dapat gaji.
Seperti seorang lelaki di laman Twitter iaitu @ybsoleh yang telah berkongsi tips urus gaji paling bagus dan boleh digunakan untuk semua anak muda di luar sana lebih-lebih lagi yang baru mula bekerja.
Image via Twitter @ybsoleh
Tolak gaji anda untuk bayar komitmen bulanan yang penting selepas dapat gaji, contohnya:
Image via Twitter @ybsoleh
Bagaimana pula dengan 60% terpaksa, 5% bocor dan 5% sampah itu?
Image via Twitter @ybsoleh
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa perlu 'tolak terpaksa' seperti yang dicadangkan di atas sebanyak 60% pula. Untuk apa?
Image via Twitter @ybsoleh
'Tolak terpaksa' ini juga dikira untuk perkara lain yang bakal anda hadapi. Contohnya:
Image via Twitter @ybsoleh
Ramai juga yang terfikir apa pula 5% bocor dan 5% sampah yang dimaksudkan itu? Kena faham ya, semua tanggungan akan masuk dalam kategori yang sesuai supaya senang untuk anda urus.
Image via Twitter @ybsoleh
Senang sahaja, bukan? Yang penting ikut formula yang betul dan sentiasa mendisiplinkan diri dalam penyimpanan wang untuk masa hadapan.
Image via Giphy

