Teman Minum & Berhibur, GRO Warga Vietnam Peroleh Tip Lumayan Sehingga RM20,000 Sehari
"Pekerja GRO ini juga didapati memegang pasport sendiri dan bebas bergerak dan memilih pelanggan tanpa sebarang sekatan." – Pegawai Operasi STAGG Bukit Aman Superintendan Mohd Shukri Abdullah.
Cover image via hmetro.com.myDengan hanya menemani pelanggan minum dan berhibur, sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam mampu peroleh tip lumayan sehingga RM20,000 sehari
Kumpulan gadis seksi warga Vietnam itu menjadi kegilaan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi. Mereka dikatakan bergerak dari meja ke meja pelanggan selain turut menawarkan hubungan seks dengan kadar bayaran tertentu.
Ketika serbuan dilakukan polis **Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman** di sebuah premis malam kelmarin, kumpulan GRO ini terbukti diberikan tip sekiranya pandai melayan pelanggan apabila hasil penemuan buku catatan tertera tulisan 'tip GRO'.
Menurut, Pegawai Operasi STAGG Bukit Aman Superintendan Mohd Shukri Abdullah, hasil risikan dan intipan mendapati pusat hiburan itu telah beroperasi sejak dua tahun lalu
Siasatan awal mendapati premis berkenaan menggaji wanita warga asing sebagai GRO untuk melayan pelanggan termasuk boleh dilanggan untuk melakukan hubungan seks.
Image via Harian Metro
Katanya lagi, pemeriksaan rapi pihaknya menemui wang tunai RM16,950, dua buku catatan 'tips GRO' dan satu buku jualan harian yang kemudian dirampas
Tambahnya premis tersebut mempunyai lesen hiburan sah sehingga 29 Julai. Siasatan mendapati premis itu juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


