Tindakan Orang Awam Selamba Bentang Tikar & 'Picnic' TRX Cetus Perdebatan Ramai

Apa pendapat korang pula?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkelah merupakan satu aktiviti yang menjadi pilihan ramai terutama bagi keluarga besar dan mereka yang mempunyai anak-anak kecil

Kebiasaannya, kita boleh lihat orang ramai berkelah di tepi pantai, di kawasan rekreasi dan sebagainya. Selain menghirup udara yang segar, mereka juga dapat melihat pemandangan yang indah.

Namun, baru-baru ini tular selepas sebuah keluarga yang dilihat berkelah di salah sebuah pusat beli-belah cetus perdebatan ramai.

Image via Threads

Tak wajar berkelah di situ, boleh 'rosakkan' pemandangan

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu telah berkongsi situasi ketika dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah iaitu di The Exchange TRX.

Difahamkan, individu berkenaan pada ketika itu berada di ruang taman permainan terbuka kana-kanak yang berada di tingkat atas sekali. Di situ, dia telah melihat sebuah keluarga yang berkelah sambil membentangkan tikar mereka.

Menurut individu itu, situasi tersebut sedikit sebanyak telah mencemarkan pemandangan dan pengunjung yang datang terutama sekali jika pelancong melihatnya.

"Boleh je pergi kepong metropolitan park ke, titiwangsa ke kalau nak vibe vibe picnic ni. Janganlah rosakkan tempat macam ni, tourist bersepah tahu," katanya.

Lihat hantaran di bawah:

Kalau betul tempat tu boleh berkelah tak apalah, tapi kalau memang tak boleh, janganlah rosakkan imej orang yang datang nanti 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: