Timbalan Pengerusi NGO Antara Ditahan Dalam Kes Seleweng Dana Zakat RM230 Juta
SPRM menyita 18 kenderaan mewah, rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini
Turut ditahan bersama ialah pengarah syarikat bagi menjalani proses reman berkaitan kes menyeleweng dana zakat berjumlah sekitar RM230 juta.
Menerusi laporan Berita Harian, kedua-duanya dibawa oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Selangor pada jam 9.11 pagi.
Suspek tiba dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap SPRM, masing-masing cuba mengelak dirakam sekumpulan petugas media.

Terdahulu, tiga individu ditahan SPRM semalam selepas disyaki terlibat dalam kes
Dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an telah ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek, dua daripadanya adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2024.
Timbalan pengerusi NGO berkenann didakwa memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.
Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO terbabit merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai.

Antara kenderaan mewah yang disita SPRM.
Image via Berita HarianSPRM menyita 18 kenderaan mewah, rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta
Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor, esok, untuk permohonan reman," katanya.
Difahamkan SPRM telah menyita 18 kenderaan mewah, termasuk Porsche dan Mercedes, rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain meliputi wang tunai dan jam tangan berjenama.
SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta, bagi tujuan siasatan kes berkenaan.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli.
Image via NSTP/Aizuddin SaadLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 