[VIDEO] Tikus Bertenggek Sambil Makan Ayam Masak Kicap Di Restoran Nasi Kandar Di Cheras

Seronok dia pegang-pegang ayam tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor tikus ditemui sedang menikmati hidangan ayam masak kicap di sebuah restoran Nasi Kandar di Cheras

Menerusi sebuah video yang tular di Facebook itu, tikus tersebut dilihat berkeliaran di atas kaunter tempat letak lauk.

Tikus tersebut kemudian berhenti pada lauk ayam masak kicap dan dilihat memakan sambil bergerak di atas hidangan tersebut.

Premis tersebut kini difahamkan telah diarah oleh pihak berkuasa untuk melakukan penutupan buat sementara waktu.

Image via Facebook

Restoran terbabit beri kenyataan mohon maaf susulan kejadian tersebut

Dalam sebuah kenyataan daripada pemilik premis tersebut, mereka kesal atas kejadian yang berlaku dan akan bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.

"Kami ingin menjelaskan bahawa pasukan kami sentiasa menjalankan kawalan makhluk perosak dan kerja pembersihan secara berkala. Namun, kawasan sekitar restoran, terutamanya sistem perparitan dan pembetungan, telah lama menghadapi masalah tikus yang serius.

"Walaupun kami telah berusaha, seekor tikus dari kawasan luar telah memasuki premis kami pada malam tersebut.

"Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pelanggan, penyokong, dan orang ramai atas insiden ini. Kami berjanji akan melakukan yang terbaik agar perkara sebegini tidak berulang," kata pemilik restoran terbabit.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: