Tiket Konsert MCR Sold Out, Scalper Kini Jual Dengan Harga Sampai RM3,200!
Difahamkan, 60,000 tiket habis dijual dalam masa 90 minit ketika ia dibuka bermula jam 11 pagi tadi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
18 tahun tunggu mereka untuk kembali ke Malaysia tapi hanya 90 minit sahaja diperlukan untuk kesemua 60,000 keping tiket konsert My Chemical Romance (MCR) 2026 sold out
Band tersebut akan hadir ke Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada jelajah mereka bagi tahun 2026.
Penghabisan jualan tiket dalam masa yang singkat ini dilihat bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila sebaik sahaja tiket dibuka untuk jualan, laman web penganjur tiket terus tidak berfungsi.
Penjualan tiket ini juga telah mencatat sebuah rekod baharu di mana ia adalah penjualan tiket paling laris di rantau ini.
Scalper jual dengan harga berlipat ganda
Ramai yang luah rasa sedih dan kecewa kerana tidak berjaya untuk membeli tiket konsert tersebut.
Tetapi bukan perasaan sedih dan kecewa yang muncul, ramai juga bengang dengan kemunculan scalper yang hadir sebaik sahaja tiket sudah tidak dapat dibeli.
Apa yang lebih menaikkan api kemarahan adalah harga yang dikenakan mereka berkali ganda daripada harga tiket sebenar.


Dah ada jualll mat, scalper anak haram hahahahaha tapi sape beli dekat dierg ni paling bodoh piang makaliham lah tu je hahahaha #MCRinKL #mcr pic.twitter.com/appGBIqfYR
— Mohammad Ainuddin Kodri (@Deankodri) July 11, 2025
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 