Tiga Gajah Malaysia Di Jepun Raih Perhatian, Beri Respons Bila Nama Dipanggil – “Kelat Macam Merajuk”

Sebak pula tengok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @qasehdeeyana2 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan tiga ekor gajah dari Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun

Perkongsian oleh pengguna TikTok, @qasehdeeyana2 menarik perhatian ramai apabila dia merakam gelagat ketiga-tiga gajah tersebut ketika berkunjung ke zoo berkenaan. Dalam video tersebut, dia memanggil nama gajah-gajah itu dalam Bahasa Melayu.

Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi haiwan berkenaan yang dilihat seolah-olah memberi respons terhadap panggilan tersebut, sekali gus menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen.

Situasi itu memberi gambaran seakan-akan haiwan tersebut masih mengenali bahasa atau bunyi yang pernah didengari sebelum ini.

Timbul kebimbangan mengenai keadaan haiwan

Di sebalik reaksi menyentuh hati itu, terdapat juga kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai mengenai keadaan fizikal dan emosi ketiga-tiga gajah tersebut.

Beberapa pihak mendakwa terdapat perubahan pada keadaan Amoi, termasuk kemungkinan kecederaan pada bahagian kaki dan gading. Susulan itu, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) telah tampil meminta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan.

Untuk rekod, Dara (14 tahun), Amoi (9 tahun) dan Kelat (20 tahun) sebelum ini ditempatkan di Zoo Taiping & Night Safari sebelum dipindahkan ke Jepun pada 10 Mac lalu.

Pemindahan tersebut melibatkan penerbangan khas yang mengambil masa kira-kira enam jam dan merupakan sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia yang bertujuan untuk pembiakan serta penyelidikan.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun yang telah dirancang sejak tahun 2022, serta diselaraskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Status pemilikan kekal milik Malaysia

SAYS.com
Image via

Sementara itu, pihak kerajaan negeri Perak sebelum ini menegaskan bahawa ketiga-tiga gajah berkenaan masih kekal sebagai milik Zoo Taiping & Night Safari.

Menurut kenyataan rasmi, pemindahan tersebut tidak melibatkan sebarang urus niaga jual beli atau pertukaran hak milik, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha konservasi dan kerjasama antarabangsa dalam pemeliharaan hidupan liar.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik