Bantal ‘Hantu Pocong’ Ini Mungkin Teman Tidur Terbaik Anda Yang Keseorangan Di Waktu Malam
Ada berani?
Cover image via หมอนเหี้ย/FacebookKalau satu ketika dulu pernah viral mengenai bantal lipas yang mendapat permintaan ramai seperti ini…
Image via www.mheemeekhong.com
Kemudian, viral pula bantal cicak gedabak seperti ini…
Image via Lê Vinh Sang/Facebook
Kini, ada sesuatu yang lebih mengujakan untuk anda peluk sewaktu dibuai mimpi iaitu bantal hantu pocong saiz manusia!
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Pertama kali kami melihat gambar ini kami sangkakan ia hanyalah gambar 'teknik photoshop' tetapi ternyata tidak, bantal peluk ini ternyata memang wujud!
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Untuk pengetahuan anda, bantal hantu pocong ini mempunyai ketinggian seperti manusia iaitu 165 sentimeter. Uishhh kiranya memang sesuai sangat dibawa peluk sewaktu tidur!
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Ianya dijual secara *online* di satu laman *page* Facebook di Thailand, [@here666](https://www.facebook.com/here666/) dengan harga **1,111 Baht (RM140).**
Sekiranya anda berminat untuk jadikan bantal hantu pocong ini sebagai peneman tidur anda di malam hari, berita gembira buat anda – **mereka turut membuat penghantaran ke Malaysia!**
Jika anda fikirkan ia sudah cukup menyeramkan, sabar tunggu dulu. Lihat apa lagi yang kami jumpa dalam product catalog mereka!
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Mereka turut menjual bantal hantu penanggal bagi mereka yang menginginkan teman tidur tanpa badan. 😛
Image via หมอนเหี้ย/Facebook
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada banyak lagi bantal-bantal pelik yang mereka jual
Dari bantal berbentuk haiwan sehinggalah berbentuk hantu, semuanya ada.
Lihat lebih banyak produk mereka di [SINI](http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/565840/1e36.jpg) dan tinggalkan mereka mesej di [Facebook](https://www.facebook.com/here666/) atau LINE @ sini666 untuk maklumat lanjut.
Image via หมอนเหี้ย/Facebook


