Tiada NGO, Klinik Kesihatan, KKM Terlibat Dalam Perjumpaan ‘Gay’ – Ketua Polis Kelantan

Hasil risikan didapati jemputan program itu tidak menyatakan sebarang penglibatan atau penganjuran daripada mana-mana badan rasmi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Polis Kelantan menegaskan serbuan yang dijalankan melibatkan perjumpaan tertutup kumpulan gay di Kemumin, Kota Bharu adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sah, tanpa sebarang niat diskriminasi

Menerusi laporan Sinar Harian, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil risikan juga didapati jemputan program ini tidak menyatakan sebarang penglibatan atau penganjuran daripada mana-mana badan rasmi seperti badan bukan kerajaan (NGO), Klinik Kesihatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Tujuan utama pihak kami (polis) berbuat demikian adalah menjaga ketenteraman awam dan juga nilai moral masyarakat.

"Maklumat yang diterima oleh polis Kelantan mendapati satu perjumpaan dan pesta gay akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Hasil risikan mendapati jemputan ke program itu dibuat melalui aplikasi WhatsApp

Tambah Mohd Yusoff, hasil risikan dan temubual awam yang dijalankan oleh Pasukan 'Task Force' Polis Kelantan mendapati jemputan ke program itu dibuat melalui aplikasi WhatsApp dalam kumpulan tertentu.

"Kandungannya tertulis…Salam uols. Dijemput semua dalam group ni untuk hadir PROGRAM GATHERING KOMUNITI. Majlis Malam Mesra Komuniti & SANTAI-SANTAI bersama di sebuah rumah inap.

"Tarikh: Selasa – 17/6/2025, Masa: 8.30 mlm – 11 mlm. Tema: Sopan2. Acara: _Chill² membawang dan makan². Please KONFIRMASIKAN dulu NAMA ANDA DALAM LIST UNTUK HADIR…Thanks," katanya.

Menurutnya, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan program ini mendapat kelulusan atau pemantauan daripada mana-mana pihak berautoriti.

SAYS.com
Image via Facebook

KKM mengesahkan program berkenaan sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV

Pengesahan itu dibuat menerusi jawapan menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di laman X rasminya tetapi tidak mengulas mengenai operasi dijalankan oleh pihak polis.

Dalam hantarannya itu, Dr Dzulkefly berkongsi kenyataan dikeluarkan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berhubung program terbabit.

"Kerjasama antara KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan NGO kesihatan adalah penting dalam usaha menjangkau populasi berisiko tinggi bagi meningkatkan pengetahuan mengenai strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal serta manfaat rawatan awal dalam mencegah komplikasi serius," kata kenyataan itu.

Dr Zaini memaklumkan bahawa SABAHAT sudah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang menyasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki.

"Usaha ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai jangkitan HIV, jangkitan penyakit kelamin dan Hepatitis C," katanya.

SAYS.com
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: