Tiada Layanan ‘Hotel’ Untuk Banduan Berprofil Tinggi – Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia

Sesetengah tahanan berprofil tinggi akan diletakkan di sel berasingan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiada istilah 'VIP' atau layanan 'hotel' libatkan mana-mana tahanan di penjara seluruh Malaysia seperti yang sering digembar-gemburkan

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak bagaimanapun berkata sesetengah tahanan berprofil tinggi akan diletakkan di sel berasingan.

Langkah itu bagaimanapun bukanlah layanan istimewa tetapi dilakukan hanya atas faktor keselamatan khususnya bagi tahanan yang mendapat liputan meluas media atau individu yang mempunyai sentimen di luar berkemungkinan mencetus konflik di dalam penjara.

"Sebenarnya, istilah itu (VIP) hanyalah pemahaman masyarakat luar, di dalam penjara semua banduan dilayan secara saksama dan adil.

"Prinsip kami adalah duty of care, pastikan keselamatan dan kebajikan banduan dari mula masuk sehingga dibebaskan, namun memang ada keperluan mengasingkan banduan tertentu.

"Pengasingan ini bukan layanan istimewa, tetapi langkah keselamatan dan dakwaan ada 'katil hotel', 'aircond' atau 'makanan mewah' adalah tidak benar," katanya.

SAYS.com

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Image via Harian MetroImage via

Banduan kini dikenali sebagai 'prospek' bagi mengubah stigma negatif

Tambah Abdul Aziz, selain menghukum, tugas utama penjara adalah memulihkan banduan atau kini dikenali sebagai 'prospek' supaya mereka dapat menjalani kehidupan dan yang paling penting tidak kembali semula ke tirai besi.

"Kita namakan dia prospek, lebih lembut dan lebih lunak, supaya orang ramai boleh menerima semula selepas tamat menjalani hukuman.

"Jadi untuk menerima mereka (prospek) ini bukan mudah dan kita nak paksa orang tak boleh, ibarat nak paksa lembu pergi ke perigi, kan susah, kita bawa dia ke perigi, kita buat untuk dia.

"Kita pegang prinsip bahawa walaupun dunia ini keras, kita boleh melembutkannya melalui nilai kemanusiaan, kita sering menghukum tetapi kita juga boleh memulihkan, inilah tanggungjawab penjara kepada masyarakat.

"Saya harap sebelum saya bersara, usaha ini dapat diteruskan, jangan lagi tukar dasar dan pendekatan, fokus kita ialah pastikan banduan dapat diterima semula oleh masyarakat," katanya.

Menurutnya, terdapat kira-kira 6,500 banduan kini berada di luar tirai besi di bawah program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sebagai inisiatif mengurangkan kesesakan penjara selain memberi peluang kedua kepada mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: