Tiada Lagi Adegan Cumbu Penuh Romantis Dalam Drama dan Filem Melayu Selepas Ini

Semua yang baik-baik saja yang akan dipaparkan di kaca TV anda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Sebuah pekeliling baru bertarikh 23 Jun tentang garis panduan penapisan filem stesen televisyen telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem semalam

Image via SAYS

Terdapat lapan elemen tapisan yang disenaraikan dalam pekeliling itu. Antaranya, elemen seks atau lucah, bahasa kasar, politik dan keganasan.

Bagi elemen seks dan lucah, adegan cumbu antara lelaki dan perempuan, contohnya seperti watak suami isteri romantis adalah antara yang bakal dipotong

Fathia Latiff nampaknya tak bolehlah nak *loving-doving* sangat dengan Syukri Yahaya dalam drama mereka akan datang kerana sudah dijelaskan bahawa adegan cium pipi, dahi dan tangan sudah tidak lagi dibenarkan ditunjuk dalam drama atau filem Melayu.

Image via Rotikaya.com

Dalam elemen bahasa kasar pula, perkataan seperti anjing, babi, kafir dan anak haram dilarang digunakan

Tetapi bagaimana kalau dalam drama atau filem tersebut memang ada anjing? Bagaimana kalau dalam drama itu ada dialog "Tolong, tolong, anjing kejar saya?"

Image via Rotikaya.com

Adegan keganasan seperti mengugut mangsa dengan senjata juga tidak dibenarkan. Apa nasib drama Gerak Khas selepas ini agaknya?

Image via Rotikaya.com

Bukan itu sahaja, beberapa jenis dialog juga boleh dipotong sekiranya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam pekeliling LPF

Image via Makjemah.com

Manakala mana-mana adegan berbaur mempersenda kerajaan juga tidak akan mendapat kelulusan dari LPF, seperti yang tercatat dalam elemen berbaur politik

Image via SAYS

Tetapi disebalik penapisan ini, adakah kamu tahu bahawa garis panduan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru?

Image via Astro Awani

Selain daripada itu, tujuan pekeliling dengan garis panduan terkini ini dikeluarkan adalah untuk menjaga sosiobudaya masyarakat

Seperti yang dikatakan oleh pengarah drama Kerana Cintaku Saerah, Syahrulezad Mohameddin, pengarah harus berhati-hati kerana tapisan tidak lagi tertakluk kepada pihak stesen TV sebaliknya LPF

Image via pru14.tv

Mungkin sudah tiba masa pengarah drama dan TV tempatan berfikir di luar kotak sejauh-jauhnya?

Contohnya seperti iklan-iklan raya ini. Ia tidak memerlukan sebarang kontroversi untuk menyentuh hati penonton:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: