Tiada Keperluan Laksana Work From Home Secara Menyeluruh Walaupun Kes Tibi Meningkat – MEF
Difahamkan, kelonggaran boleh diberi kepada pekerja yang menjalani saringan atau rawatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada keperluan untuk melaksanakan kerja dari rumah (WFH) secara menyeluruh susulan peningkatan kes tuberkulosis (Tibi) di seluruh negara
Menerusi laporan New Straits Times, Presiden Malaysian Employers Federation (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata situasi penularan Tibi yang berbeza daripada penyakit pernafasan akut seperti Covid-19 tidak memerlukan pelaksanaan WFH menyeluruh pada peringkat ini.
Walau bagaimanapun, beliau berkata majikan boleh mempertimbangkan pengaturan kerja fleksibel yang disasarkan untuk pekerja yang menjalani saringan atau rawatan.
"Sebarang pelaksanaan WFH hendaklah berdasarkan penilaian risiko dalaman syarikat dan nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan.
"MEF akan terus memantau perkembangan berkaitan Tibi dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Kesihatan, untuk memastikan tempat kerja kekal selamat, inklusif dan produktif tanpa menjejaskan kesihatan pekerja," katanya.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman
Image via NSTMalaysia mencatatkan 26,183 kes Tibi pada tahun 2024, menunjukkan beban kesihatan awam yang berterusan akibat penyakit ini dan kesannya terhadap tenaga kerja
Beliau menggesa majikan untuk memperkukuhkan langkah pencegahan di tempat kerja memandangkan Tibi merebak melalui udara dalam keadaan tertentu.
"Ini termasuk meningkatkan pengudaraan dalaman, menggalakkan pekerja yang bergejala untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan awal, menggalakkan kebersihan pernafasan dan etika batuk.
"Syarikat juga disaran mengemas kini dasar kesihatan tempat kerja mengenai pengesanan awal dan prosedur rujukan, dan menjalankan program kesedaran mengenai penyakit berjangkit, terutamanya Tibi," katanya.
Beliau turut menggesa majikan untuk menguruskan isu kesihatan pekerja berdasarkan nasihat perubatan dan garis panduan rasmi daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan.
"Pendekatan berasaskan bukti adalah penting untuk memastikan keseimbangan antara melindungi kesihatan awam dan mengekalkan operasi perniagaan," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 