Hotel Bangsal Ikan Ini Luar Nampak Biasa, Tapi Dalamnya Pasti Buat Anda Ternganga
Berkonsepkan ekologi dan seni. Gabungan yang mantap sekali!
Cover image via Taiping Zone/FacebookKami yakin, semua orang pasti menginginkan tempat percutian yang cantik, damai dan menenangkan. Antara destinasi yang menjadi pilihan pastinya di kawasan pulau yang dikelilingi lautan yang indah.
Image via giphy.com
Tetapi apa kata kali ini anda cuba kelainan untuk bermalam di sebuah hotel yang berbentuk bangsal ikan seperti ini?
Image via www.tripadvisor.com
Image via Taiping Zone/Facebook
Sedikit berbeza dengan hotel yang lain yang biasanya dibina di kawasan bandar, hotel ini dibina di kawasan jeti iaitu di Jeti Kuala Sepetang, Taiping, Perak
Image via Rizal Hakim/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Untuk pengetahuan anda, **Kuala Sepetang** dahulunya dikenali sebagai **Port Weld** dan ia terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat Taiping, Perak.
The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang merupakan hotel yang berkonsepkan kombinasi antara ekologi dan seni. Mungkin anda berasa ragu-ragu jika hanya melihat luaran hotel ini, tetapi pastinya tidak lagi setelah lihat ruang di dalamnya!
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Inilah yang dinamakan kombinasi ekologi dan seni yang mana hampir keseluruhan perabot di dalamnya berasaskan kayu. Reka bentuk perabot ini pula sememangnya cantik dan unik.
Image via Taiping Zone/Facebook
Lihatlah ruangan biliknya pula, sangat cantik dan indah. Unsur alam yang diketengahkan, betul-betul menenangkan buat sesiapa saja yang bermalam di sini.
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Cuba anda lihat, dindingnya dihiasi dengan lukisan-lukisan yang melambangkan *nature*. Apa kata *scroll* lagi ke bawah untuk melihat contoh-contoh bilik yang ada di sini.
Menariknya, lukisan-lukisan dinding tersebut sepenuhnya merupakan lukisan tangan. Tak boleh dinafikan, memang cantik.
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Mungkin pengalaman baru buat anda apabila bangkit saja dari tidur, anda dapat melihat pemandangan indah jeti terus dari tingkap kamar.
Nah, tengok lagi gambar-gambar bilik yang 'WOW' di bawah ini
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Nampaknya, gabungan unsur ekologi dan seni ni memang tidak mengecewakan. Semua kelihatan indah dan sedap mata memandang.
Ruang kafe hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Sekali pandang persis kafe-kafe mahal di ibu kota.
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Sudahlah hotel ini terletak di kawasan jeti, malah mempunyai sebuah kafe moden di dalamnya. Mana nak cari tempat sebegini?
Ini pula sudut rehat hotel. Petang-petang pekena kopi sambil melihat pemandangan laut dan jeti memang terbaik!
Dikhabarkan berdekatan jeti terdapat pantai kulit kerang dan bagi mereka yang suka memancing, ada *port* memancing buat anda di sana.
Image via www.malaysiaholidaytravel.com
Image via www.thehappy8.com.my
Image via Taiping Zone/Facebook
Selain itu, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis masakan. Dari masakan tempatan sehinggalah ke masakan western. Terpulang kepada anda untuk mencuba, pilihan terletak di tangan anda.
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Image via Taiping Zone/Facebook
Dengar-dengar, tukang masaknya bukanlah orang tempatan, tetapi merupakan seorang chef yang berasal dari Eropah. Kami yakin pasti ada kelainan. Jom cuba!
Jadi apa tunggu lagi? Bagi anda yang merancang untuk bermalam di sebuah hotel yang unik, selesa dan rare, The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang adalah jawapannya.
Maklumat lanjut anda boleh melayari [www.thehappy8.com.my](http://www.thehappy8.com.my/)


