“Dia Lebih Utamakan Keluarga Berbanding Diri Sendiri” – Sifat Mulia Dalam Diri Thanabalan

Penyerang sensasi negara itu menanggung keluarganya sejak empat tahun lepas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS via Berita Harian

Semenjak Sukan SEA #KL2017 berlangsung, nama penyerang kebangsaan, Thanabalan menjadi buah mulut rakyat Malaysia

Thanabalan Nadarajah, 22, menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan bola sepak Sukan SEA; menentang Singapura dan Myanmar pada peringkat kumpulan, dan seterusnya menentang Indonesia pada peringkat separuh akhir.

Gol tunggal Thanabalan pada minit ke-87 menentang Indonesia sudah cukup untuk menghantar pasukan kebangsaan ke peringkat akhir kejohanan, sekali gus melonjakkan nama penyerang prolifik tersebut.

Image via EPA

Walaupun sudah popular, Thanabalan tidak menganggap dirinya sudah bergelar bintang namun menghargai segala sokongan yang diberikan oleh penyokong

Bercakap kepada [Berita Harian](https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/318206/kl2017-saya-bukan-superstar-thanabalan), Thanabalan akui dirinya masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.

"Saya masih muda, banyak lagi saya kena belajar. Saya kena berusaha lebih keras untuk lebih berjaya. Saya bersyukur dengan apa yang saya capai ketika ini tapi saya tak anggap diri saya seperti 'superstar' (bintang) namun saya hargai segala sokongan yang diberikan," katanya.

Kisah hidup Thanabalan dan keluarga turut menjadi perhatian.

Apa yang ramai tak tahu, beliau merupakan tunjang kepada keluarga setelah ayahnya jatuh sakit sejak 2013.

Ayahnya, S Nadarajah, 56, menceritakan kepada [Harian Metro](https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/258242/thanabalan-penyerang-anak-cemerlang) mengenai tragedi yang menimpa dirinya sehingga menyebabkannya lumpuh separuh badan.

Menurutnya, ketika itu dia dari Seremban ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

"Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki," katanya.

Bapa Thanabalan lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan pada 2013.

Image via Iqmal Haqim Rosman

Sejak daripada itu, Thanabalan menggalas tugasnya dan menampung perbelanjaan dapur, bil ultiliti, kos perubatan, dan dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13

Katanya lagi, Thanabalan adalah anak yang baik dan menggunakan gaji diterima sebagai pemain bola sepak untuk membantu keluarganya.

"Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan.

"Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin, dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak.

"Walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Seremban, dia tidak pernah mengeluh dan memberitahu dirinya penat. Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak," ujarnya sebak.

Thanabalan bersama keluarga.

Image via Facebook

Meskipun berjaya melangkah ke di final, Thanabalan mungkin tidak dapat memenuhi impian membawa bapanya ke stadium menyaksikan perlawanan menentang Thailand

All the best Thanabalan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi…

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: