TH Maklumkan Kuota Haji Kini Sudah Penuh, Perjalanan Pertama 18 April Ini

Perjalanan terakhir pula dijangka pada 20 Mei.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TUDM & Asyraf Hamzah/NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kuota haji musim 1447H/2026M yang diperuntukkan sudah diisi sepenuhnya

Menerusi laporan kenyataan yang dikeluarkan, TH memaklumkan proses tawaran haji tersebut dijangka lebih lancar setelah menerima kira-kira 85,000 permohonan rayuan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata tahun ini, kuota haji rasmi negara dapat dipenuhi lebih awal melalui inisiatif penambahbaikan terutamanya peringatan supaya bakal jemaah membuat persediaan.

Menurutnya, ia menunjukkan kadar penangguhan yang jauh lebih rendah iaitu 18 peratus bagi musim 1447H berbanding 50 peratus tahun sebelumnya.

Mustakim Mohamad berkata penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci dijadualkan bermula pada 18 April ini manakala yang terakhir adalah pada 20 Mei di mana hari wukuf dijangka 26 Mei.

SAYS.com

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad.

Image via NSTP

Permohonan rayuan sebelum Ramadan masih kekal dipertimbangkan

"Berdasarkan jumlah rayuan yang tinggi, maka permohonan rayuan musim ini akan ditutup mulai 1 Ramadan 1447H. Permohonan rayuan yang sudah diterima sebelum tarikh ini, kekal dalam pertimbangan TH.

"Sekiranya berlaku kekosongan saat akhir akibat penangguhan atau pembatalan, pengisian akan dibuat daripada senarai rayuan sedia ada berdasarkan merit dan kriteria ditetapkan.

"TH ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama diberikan oleh semua bakal jemaah. Semoga semua usaha bakal jemaah ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Allah SWT," katanya.

Difahamkan, Malaysia telah mendapat kuota tahunan sebanyak 31,600 termasuk pada tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: