TH & Bumitra Malaysia Bawa Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Paling Best Di Sepang – “Jom Datang Seisi Keluarga”

Karnival kali ini menghimpunkan 34 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tabung Haji
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lupakan hujung minggu yang bosan! Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Bumitra Malaysia kembali untuk kali ke-4 dengan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan (KHUP4) yang bukan sahaja penuh ilmu, tetapi juga padat dengan hiburan untuk seisi keluarga!

SAYS.com
Image via Tabung Haji

Event ini bermula dari 28 hingga 30 November 2025 bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang. Ini bukan sekadar pameran, ini adalah pesta travel ke Tanah Suci dan destinasi lain, dibalut dalam suasana yang meriah dan santai.

SAYS.com
Image via Tabung Haji

Konsert mini, kidz zone & cabutan bertuah untuk para pengunjung yang hadir

Penganjur betul-betul all-out kali ini! KHUP4 menjanjikan hiburan yang akan membuatkan kunjungan anda berbaloi:

  • Hadiah Lumayan: Pastikan anda menyertai kuiz interaktif dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang memang rugi kalau terlepas!
  • Mini Konsert Legenda: Bersedia untuk terbuai dengan persembahan istimewa daripada bintang nasyid tanah air seperti Raihan, Inteam, dan Mawi! Sambil shopping pakej, boleh sing-along.
  • Kids Zone Paling Best: Bawa anak-anak anda untuk menyertai Simulasi Haji Cilik yang rare! Mereka boleh belajar rukun haji sambil bermain. Jangan lepaskan peluang bertemu dengan watak kesayangan mereka, Omar & Hana, dan sertai pertandingan mewarna kanak-kanak.
  • Bual Bicara & Podcast: Dapatkan insight padu dari pakar dalam program Bual Bicara dan Podcast TH, yang padat dengan ilmu haji, umrah dan tip pelancongan.
SAYS.com
Image via Tabung Haji
SAYS.com
Image via Tabung Haji

Rebut pakej bajet haji bawah RM55K & jaminan bebas scam

Bagi bakal jemaah haji, inilah time paling strategik untuk lock pakej anda!

Karnival ini menghimpunkan seramai 34 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf dan berlesen oleh TH untuk Musim Haji 1447H/2026M. Ini bermakna, semua pakej yang ditawarkan di sini dijamin sah dan selamat daripada penipuan.

PJH berlesen ini menawarkan pelbagai pilihan, termasuk pakej ekonomi di bawah RM55,000. Datanglah, bandingkan pakej mengikut keselesaan dan bajet anda, dan terus berunding dengan syarikat yang sah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad, turut mengambil peluang ini untuk mengingatkan semua bakal jemaah agar sentiasa berhati-hati dan hanya berurusan dengan 34 PJH yang dilesenkan ini, bagi membanteras scam haji yang semakin berleluasa.

SAYS.com
Image via Tabung Haji

Jom Serbu! Jangan tunggu lagi! Sertai KHUP4 di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang, dari 28 hingga 30 November 2025. Sambil enjoy, dapatkan panduan, pilihan pakej, dan khidmat nasihat terbaik dari PJH berlesen untuk memastikan perjalanan rohani anda mencapai Haji yang Mabrur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: