Tertukar Semasa Bayi Di Hospital, Pemandu Lori Dibesarkan Dalam Keluarga Miskin Diberi Pampasan RM1 Juta

Sedih juga kisah ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SCMP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dibesarkan dalam keluarga miskin, seorang pemandu lori berjaya menang saman sebanyak RM1 juta selepas mendapati dirinya tertukar dengan keluarga lain semasa bayi di hospital

Pemandu lori di Jepun itu berjaya mendapatkan pampasan daripada hospital terbabit yang diperintahkan membayar sejumlah 38 juta yen (kira-kira RM1.05 juta) kepadanya.

Menerusi laporan South China Morning Post, kes pada 2013 itu kembali tular susulan beberapa laporan terbaharu mengenai kanak-kanak China yang diculik ketika kecil, dibesarkan dalam keluarga miskin dan kemudiannya disatukan semula dengan ibu bapa kandung mereka yang merupakan golongan kaya.

Pada November 2013, mahkamah memutuskan Hospital San-ikukai di daerah Sumida, Tokyo bertanggungjawab atas kesilapan menukar bayi sejurus selepas kelahiran pada 1953, dan perlu membayar pampasan kepada lelaki berkenaan yang ketika itu sudah berusia 60 tahun.

Kebenaran mengenai pertukaran itu terbongkar selepas enam dekad apabila adik-adik lelaki daripada keluarga kaya berasa tidak berpuas hati dengan layanan abang sulung terhadap bapa mereka.

Abang sulung itu dilaporkan memegang bahagian pusaka bapa mereka daripada warisan ibu yang sudah meninggal dunia sebagai balasan kerana menjaga orang tua itu, namun sebaliknya menghantar bapa mereka ke rumah jagaan.

SAYS.com

Gambar lama keluarga pemandu lori tersebut ketika masih kecil.

Image via SCMPImage via

Meragui pertalian darah selepas mendapati ada perbezaan pada abang sulung

Mereka teringat mendiang ibu pernah memberitahu bahawa pakaian abang sulung ketika bayi bertukar selepas seorang jururawat memandikannya di hospital selepas bersalin.

Bagi mendapatkan kepastian, mereka mengutip puntung rokok yang dibuang abang sulung dan menghantarnya untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada 2009. Keputusan ujian menunjukkan tiada pertalian darah biologi antara mereka.

Siasatan lanjut terhadap rekod hospital membawa kepada penemuan seorang pemandu lori di Tokyo yang dilahirkan hanya 13 minit lebih awal daripada bayi yang tertukar dengannya.

Lelaki itu dibesarkan dalam keluarga lain dan kehilangan bapa angkatnya ketika berusia dua tahun menyebabkan hidupnya miskin dan terpaksa bekerja sambilan untuk menamatkan sekolah menengah. Malangnya, ketika pemandu itu mengetahui identiti sebenar ibu bapa kandungnya, kedua-duanya sudah meninggal dunia.

Hakim Mahkamah Daerah Tokyo, Masatoshi Miyasaka dalam keputusannya berkata mahkamah berpihak kepada plaintif kerana "dia dipisahkan daripada ibu bapa kandungnya sejurus selepas dilahirkan" dan berhak menerima pampasan kerana "dia sepatutnya dibesarkan dalam persekitaran yang selesa daripada segi kewangan."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: