Terlantar Koma Selama 5 Hari, Voicenote Daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza Berjaya Buatkan Lelaki Ini Beri Respon
Satu peristiwa bersejarah yang pasti tak dapat dilupakannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berkongsi pengalamannya terkena serangan jantung di Bondi Beach, Sydney Australia dan koma selama 5 hari
Menerusi sebuah temubual bersama Aimi Nasruddin, dia memberitahu kejadian bermula apabila dia secara tiba-tiba rebah di Bondi Beach, Sydney ketika melawati pantai terkenal tersebut bersama tiga rakannya yang lain.
Menurutnya, seorang doktor yang sedang berjogging di situ telah memberi bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) kepadanya ketika dia rebah di lokasi kejadian.
Dia kemudian telah dibawa ke St Vincent's Hospital untuk rawatan lanjut.
Mesej suara daripada Siti Nurhaliza berjaya buatkan dirinya memberi respon
Sepanjang di hospital, dia telah ditemani rakannya yang bergilir-gilir terbang pulang ke Malaysia untuk menjaganya di hospital disebabkan keterbatasan ahli keluarganya yang tidak boleh ke sana.
Sepanjang koma, Aimi dilaporkan tidak memberi respon sehinggalah sesuatu mengejutkan berlaku yang mana kiriman voicenote suara penyanyi kegemarannya, Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti berjaya buatkan dia memberikan respon semasa koma.
Menerusi hantaran yang dikongsi Aimi di laman Instagram miliknya, dia memberitahu bagaimana tangannya secara tiba-tiba memberi respon ketika mendapat mesej suara daripada TokTi.
"Betul-betul semasa 20 hari lepas, ayah saya punya usaha cuba mencari kawan-kawan saya yang boleh mendapatkan voice note daripada TokTi dengan harapan saya dapat memberikan respon yang positif sebab masa ni saya memang tak sedar langsung," katanya.

TokTi minta istighfar dan selawat dalam hati
Menerusi mesej suara berkenaan yang dikongsi Aimi, TokTi dilihat meminta dirinya perbanyakannya berselawat dan beristighfar menyebut nama Allah di samping mendoakannya.
"Assalamualaikum Aimi, Aimi dengarkan suara ni, ni kak Siti ni, kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuatkan semangat, ingat Allah, selawat banyak-banyak dalam hati.
"Sebab kak Siti tahu Aimi dengar dan Aimi percaya apa pun berlaku sebab Allah sayangkan kita, dia nak uji kita, kesabaran kita, so Aimi selawat banyak-banyak, istighfar sebab dia boleh mengurangkan sakit kita.
"Zikir je jangan berhenti, kuat semangat, Aimi jangan putus asa, terima kasih selama ni banyak sokong kak Siti, insyaAllah Aimi boleh harungi semua ni, family semua tengah tunggu Aimi. Apa saja yang berlaku tanda Allah sayang kita.
"Kak Siti doakan Aimi cepat sembuh, Allah angkat segala sakit Aimi, insyaAllah ada rezeki kita jumpa, Aimi be strong okay, Allah ada bersama Aimi jangan risau," kata penyanyi itu.
Menurut Aimi, dia memaklumkan sudah pulang ke Malaysia dan sedang berada dalam fasa pemulihan
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 