[TERKINI] Tak Perlu Periksa Kenderaan di PUSPAKOM Jika ‘Road Tax’ Tamat Tak Lebih 3 Tahun
Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan JPJ bertarikh 1 September sebelum ia tular di media sosial.
Cover image via PUSPAKOM & Astro AwaniBerita baik buat pemilik motorsikal dan kereta persendirian yang cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun
Image via Berita Harian
Anda kini boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mulai Jumaat (4 September 2020) ini.
Menurut laporan, perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh semalam sebelum ia tular di media sosial.
Menerusi surat pekeliling itu, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM
Image via Jue Atie (Facebook)
Image via Jue Atie (Facebook)
Image via Jue Atie (Facebook)
Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.
Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.
Difahamkan, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan petang esok (3 September 2020).
Image via SAYS Seismik


