[TERKINI] PKPB Hanya Dalam Mukim Klang Sahaja Mulai Tengah Malam Ini

Mukim Kapar yang juga termasuk dalam daerah Klang, tidak termasuk dalam PKPB.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kerajaan Negeri Selangor
Logo

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor hanya akan dilaksanakan di Mukim Klang mulai tengah malam ini

Menurut laporan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru mukim Kapar yang juga termasuk dalam daerah Klang, tidak termasuk dalam PKPB yang akan dilaksanakan mulai pukul 12.01 tengah malam ini.

"Saya sudah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Bedar Selangor iaitu PKPB Klang adalah di Mukim Klang, tidak termasuk Kapar yang berada dlama Daerah Klang.

"Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dari segi lokaliti dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, semua sektor ekonomi di daerah Klang pula dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat kepada SOP

Pengumuman itu buat sendiri oleh Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

Keputusan itu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi perlindungan keselamatan dan kesihatan rakyat serta menjamin kelangsungan pekerjaan.

Selain itu, ianya juga sebagai usaha mencerdaskan ekonomi bagi memastikan tiada gangguan rantaian bekalan seperti logistik, pengangkutan, makanan dan minuman serta lain-lain lagi.

Dalam memastikan keberkesanan dan kemampanan fasa pemulihan ekonomi pada masa ini, Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi dalam usaha menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via null

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: