[TERKINI] “Pemandu Bas Positif Syabu” – Polis

Beliau dikatakan memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Polis hari ini mendedahkan pemandu bas RapidKL yang merempuh sekurang-kurangnya tujuh kenderaan semalam khayal akibat syabu

Laporan yang dikeluarkan Harian Metro mengatakan pemandu berusia 32 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Image via Facebook

Berkenaan dakwaan pemandu bas itu dibelasah oleh orang awam, Mazlan berkata beliau perlu membuat aduan terlebih dahulu

"Kita akan melakukan siasatan selepas menerima aduan.

"Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan," katanya.

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kes penuh di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: