[TERKINI] Kereta Api Kargo & KTM Kemalangan Di Stesen Tanjung Malim, Perak
Kemalangan telah berlaku kira-kira jam 6:02 am hari ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Cover image via Bernama News Channel / FacebookTerbaru, kemalangan yang membabitkan kereta api kargo dan juga Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter pagi ini telah menyebabkan kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sektor utara dan KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong
Menurut laporan, KTM Berhad juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook mereka pagi ini mengenai kejadian tersebut.
Baca kenyataan penuh di bawah:
Image via Harian Metro
Kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim-Kuala Kubu Baru
Kemalangan itu juga telah menyebabkan ETS sektor utara mengalami kelewatan antara 10 hingga 15 minit manakala KTM Komuter laluan Tanjung Malim – Kepong mengalami kelewatan 20 hingga 30 minit.
Berikut merupakan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh pihak KTM Berhad di laman Facebook mereka mengenai insiden pelanggaran tersebut:
Image via Bernama News Channel / Facebook
KTM Berhad juga turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan
Lihat lagi gambar kejadian di bawah:
Image via Bernama News Channel / Facebook
Image via Bernama News Channel / Facebook
Image via Bernama News Channel / Facebook

