Terkena Jangkitan Kuman, Kaki Pelakon Legenda Tanah Air, Sathiya Mungkin Perlu Dipotong
Difahamkan, Sathiya sudah beberapa tahun menghidap diabetes dan darah tinggi.
Cover image via NSTPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon veteran, Sathiya memaklumkan akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang esok untuk pemeriksaan lanjut pada kaki kirinya yang dijangkiti kuman
Menerusi laporan Berita Harian, Sathiya atau Sathia Periasamy, 61, berkata doktor akan membuat pemeriksaan lanjut dan sekiranya keadaan kuman didapati semakin merebak, kakinya akan dipotong sebelum paras buku lali.
"Esok pagi saya akan ke hospital. Doktor akan 'double check' keadaan kaki saya dan beritahu keputusannya.
"Sekiranya teruk, kaki saya akan dipotong dalam minggu ini. Tapi kita tunggu esoklah apa kata doktor kerana doktor nak periksa lagi.
"Saya okey saja terima keputusan doktor. Kalau dah potong kaki, pakai kaki palsu lah. Apa boleh buat demi kesihatan saya," katanya.
Sathiya sudah menjalani proses pemotongan tiga jari kaki kiri awal Ogos lalu akibat jangkitan kuman yang berpunca daripada diabetes.

Tetap akan berlakon jika ada tawaran diterima
Menurut Sathiya, dia tetap akan terus berlakon biarpun terpaksa duduk di kerusi roda sekiranya ada tawaran selepas ini walaupun dengan keadaan kaki yang tidak sempurna.
"Kalau boleh bekerja, saya bekerja. Berlakon hanya pakai mulut saja. Duduk pun boleh berlakon. Sebelum ini pun saya dah berlakon," katanya.
Sathiya merupakan antara artis yang menerima sumbangan berjumlah RM3,000 daripada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).
Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez dan Biro Perhubungan PEKEMA Academy, Ahmad Azmi Noordin berkunjung ke rumah Sathiya bagi menyampaikan sumbangan terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



