Terengganu FC dan 8 Lagi Kelab Bola Sepak Malaysia Diban FIFA Lakukan Perpindahan Pemain

Lebih 60 kelab di Asia kini menghadapi sekatan yang sama, di mana kelab dari Arab Saudi dan China paling banyak dikenakan sekatan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terengganu FC menjadi salah satu daripada sembilan kelab Liga-M yang dikenakan penggantungan perpindahan oleh FIFA susulan isu pertikaian kewangan dan pelanggaran peraturan

Menerusi laporan New Straits Times, sekatan itu meletakkan Malaysia antara senarai negara Asia yang semakin meningkat bergelut dengan isu tadbir urus bola sepak.

Lebih 60 kelab di Asia kini menghadapi sekatan yang sama, di mana kelab dari Arab Saudi dan China paling banyak dikenakan sekatan.

Larangan perpindahan pemain ini menghalang kelab daripada mendaftarkan pemain baharu sehingga larangan itu ditarik balik. Ia akan dilaksanakan kira-kira dua hingga tiga musim pemindahan dan boleh berakhir lebih awal jika isu seperti hutang yang belum dibayar diselesaikan.

Image via Facebook

Senarai larangan perpindahan pemain oleh FIFA melibatkan kelab Terengganu FC, Kelantan Darul Naim FC, Kelantan FC, Kelantan FA, PT Athletic FC, Sarawak United, Perlis, Melaka United FC, dan Melaka United

Perlis kekal sebagai salah satu pasukan yang paling lama digantung, telah dikenakan sekatan perpindahan pemain sejak 2020.

Sekatan itu telah mencetuskan semula kebimbangan lama mengenai pengawasan kewangan dan kemampanan operasi dalam bola sepak Malaysia di mana sebahagian besarnya masih belum ditangani buat masa ini.

Sementara itu, Terengganu FC menegaskan kes melibatkan kelab itu telah diselesaikan

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi mereka, kelab bola sepak berkenaan mendakwa isu itu berpunca daripada pertikaian dengan seorang bekas kakitangan asing mengenai elaun lima angka, dikatakan telah pun diselesaikan.

"Sepatutnya isu ini tidak perlu dimainkan oleh kerana perkara ini telah diselesaikan sepenuhnya oleh pihak TFC pada April 2025 yang lalu.

"Ianya melibatkan bekas pegawai asing pasukan dengan TFC apabila timbul sedikit pertikaian berkait bayaran elaun yang melibatkan 5 angka sahaja.

"Pengesahan penyelesaian penuh telah diperakui FIFA pada 21 April 2025 dan memberi masa lima (5) hari kepada penuntut mengesahkan bayaran. Sepatutnya hal ini tidak timbul oleh kerana tempoh tersebut telah berlalu," tulis kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: