Terbang Ke Pakistan Bersama AirAsia X, Alami Keindahan Budaya & Pemandangan Menakjubkan!
Memang best kalau nak ber-OOTD!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh AirAsia X.
AirAsia X kini ada tawaran baharu untuk korang yang mungkin dah lama mengidam nak travel ke Pakistan
Bagi mereka yang dah lama teringin nak ke Pakistan, AirAsia X ada tawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Karachi, Pakistan dengan harga tiket yang berpatutan khas untuk korang!
Laluan trip baharu ke Pakistan diperkenalkan dengan 4 kali penerbangan dalam masa seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
Tempoh tempahan penerbangan bermula sekarang hingga 20 April 2025 manakala tarikh untuk penerbangan adalah dari 30 Mei hingga 27 Mac 2026.
Sebelum kami cerita dekat korang lebih lanjut tentang tawaran ini, jom kita tengok 4 lokasi menarik di Pakistan yang wajib korang singgah kalau bercuti ke sana.
1. Bandar Karachi
Bagi mereka yang menggemarkan binaan-binaan bersejarah, lokasi ini merupakan tempat yang tepat untuk korang. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Mazar-e-Quaid, sebuah makam ikonik dan simbol kebanggan Pakistan; Istana Mohatta yang mempunyai seni bina yang indah, berfungsi sebagai muzium dan ruang acara.
Image via Gulf News
Image via Travel Pakistani
Image via viator
Mahukan suasana yang meriah dan santai berjalan-jalan ditambah dengan pemandangan sunset? Pantai Clifton lah destinasi yang perlu korang pergi bila sampai di Karachi.
Antara tempat lain yang korang kena pergi bila sampai Karachi ialah Makam Chaukhandi, Pulau Charna, Pantai Teluk Hawke, Taman Zamzama, Frere Hall, dan Muzium Maritim Pakistan.
Image via Pride of Pakistan
Karachi juga merupakan bandar yang terkenal dengan pelbagai aneka makanan dan tempat shopping!
Korang boleh cuba pelbagai jenis hidangan istimewa tempatan seperti Bun Kebabs, Nihari dan Halwa Puri dan pelbagai makanan laut segar turut mudah didapati di gerai-gerai di tepi pantai.
Image via chaiiwala
Image via Zahid Nihari Restaurant
Image via Tribune
Bagi yang nak shopping belikan buah tangan untuk keluarga dan rakan di Malaysia, korang bolehlah kunjungi tempat-tempat seperti Empress Market, Tariq Road, Dolmen Mall Clifton dan Zainab Market untuk dapatkan pelbagai barangan tempatan seperti pakaian tradisional dan juga kraftangan.
Image via Roads & Kingdoms
Image via Arif Habib Dolmen
"Explore beyond Pakistan" – Terokai Pakistan bukan sekadar di Karachi
Pakistan bukan sekadar menawarkan lokasi menarik menawarkan tempat-tempat menarik untuk shopping dan food hunting seperti di Karachi, malah ianya lebih dari itu!
Korang boleh menikmati keindahan semula jadi dan seni bina yang menakjubkan di Pakistan dengan melawat tempat seterusnya ini.
2. Gilgit-Baltistan
Lokasi ini mempunyai beberapa tempat yang dapat menyajikan sebuah pemandangan yang sangat indah dan menenangkan di mana korang dapat lihat sendiri suasana pergunungan di Pakistan yang menakjubkan.
Pertama sekali, korang wajib singgah ke Tasik Attabad, sebuah tasik biru yang indah terbentuk selepas kejadian tanah runtuh pada tahun 2010.
Selain itu Taman Negara Deosai juga ada destinasi wajib pergi jika anda datang ke lokasi ini. Tempat yang dikenali sebagai "Land of Giants" ini mempunyai dataran yang beraltitud tinggi dan terkenal dengan hidupan liar dan pemandangan yang menakjubkan.
Korang juga wajib singgah ke Lembah Hunza bila sampai di lokasi ini. Lembah ini terkenal dengan keindahan pemandangannya, penduduk tempatan yang mesra dan tapak bersejarah seperti Kubu Baltit dan Altit.
Bagi penggemar aktiviti berkhemah pula, korang wajib datang ke Fairy Meadows, sebuah dataran tinggi hijau yang subur menawarkan pemandangan terbaik Nanga Parbat, gunung ke-9 tertinggi di dunia.
Image via Guide to Pakistan
3. Islamabad
Korang wajib datang ke Islamabad untuk singgah di Faisal Mosque, sebuah masjid terbesar di Pakistan yang terkenal dengan seni binanya yang sangat mengagumkan.
Selain itu, korang juga kena melawat tempat-tempat seperti Daman-e-Koh, sebuah kawasan viewpoint menarik untuk melihat pemandangan bandar dan Pakistan Monument, sebuah mercu tanda budaya yang mewakili perpaduan Pakistan.
Tidak lupa juga Saidpur Village, sebuah perkampungan bersejarah di lokasi ini yang terkenal dengan kafe-kafe tempat untuk chill dan relax serta terdapat juga kedai-kedai yang menjual kraftangan di perkampungan ini.
Image via Travel Pakistani
4. Lahore
Dikenali sebagai ibu kota budaya negara ini, bandar ini terkenal dengan warisan budaya dan sejarah yang masih terpelihara dan boleh dialami sendiri oleh pengembara.
Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di bandar ini Badshahi Mosque, sebuah masjid di era Mughal yang terkenal dengan seni bina yang menakjubkan.
Selain itu korang wajib singgah ke Lahore Fort, sebuah tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO dan Walled City of Lahore untuk meneroka sisi bersejarah bandar Lahore seperti Delhi Gate dan Shahi Hammam.
Bagi mereka yang gemarkan suasana yang cantik dan menenangkan, korang wajib singgah ke Shalimar Gardens, sebuah taman yang wujud sejak era Mughal dipenuhi dengan suasana yang indah dan landskapnya yang menakjubkan.
Image via Farah Mahbub
Tertarik dengan lokasi-lokasi di Pakistan ini? Travel sekarang bersama AirAsia X untuk dapatkan tiket dengan harga yang menarik ke Pakistan!
Tidak kiralah keindahan semula jadi, budaya, sejarah dan makanan yang susah nak dapat di tempat lain, korang boleh alaminya sendiri dengan terokai Pakistan bersama AirAsia X.
Dengan tambang All-in-Fare, korang boleh dapatkan tiket penerbangan satu hala dari Kuala Lumpur ke Karachi dengan harga bermula RM859*
Dengan adanya tawaran ini, korang dah boleh travel ke Pakistan dengan mudah dan tambang yang amat berpatutan.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi terkini daripada AirAsia X, anda boleh klik sahaja di SINI.
*Termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, bahan api surcaj, dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Image via AirAsia
Tempah tiket penerbangan anda dengan AirAsia X sekarang dan mulakan pengembaraan di Pakistan bermula di Karachi, destinasi terbaharu untuk ke Pakistan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via