Tengku Mahkota Pahang Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu Sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Seramai 46 pegawai dari MKP dan PASKAU turut menyertai pendakian tersebut.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tiba di puncak Gunung Kinabalu jam 8.25 pagi hari ini

Menerusi laporan Berita Harian, Tengku Hassanal telah memulakan pendakian dari Checkpoint Timpohon pada jam 8.20 pagi semalam dan tiba di Checkpoint Panalaban di ketinggian 3,272 meter pada jam 3.45 petang, sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung di ketinggian 4,095 meter jam 3.20 pagi hari ini.

Seramai 46 pegawai Majlis Kesultanan Pahang (MKP), Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) turut menyertai pendakian tersebut.

Pendakian Tengku Mahkota Pahang ini turut diiringi Pengerusi Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Fadzli memaklumkan kejayaan Tengku Mahkota Pahang menawan Gunung Kinabalu beri inspirasi untuk menceburi aktiviti lasak

"Bukan mudah untuk mendaki Gunung Kinabalu tetapi baginda mempamerkan disiplin, semangat, kegigihan dan kesabaran tinggi sepanjang pendakian.

"Semua itu menjadi contoh dan pembakar semangat kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti berfaedah seperti ini," katanya.

Untuk rekod, Tengku Hassanal pernah mencipta rekod sebagai Tengku Mahkota Pahang pertama mendaki Gunung Tahan, Lipis, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia pada 3 Ogos 2020.

Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula Isnin lalu akan berakhir esok, 14 Mei.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik