Tempat Kerja & Dobi Antara Tempat Tidak Boleh, Ini 27 Lagi Kawasan Yang Dilarang Merokok
Ia susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan kawasan yang dilarang merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)
Untuk makluman anda, Akta 852 dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu dengan mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk terbabit secara terbuka di premis perniagaan.
Akta itu juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berusia di bawah 18 tahun.
Berikut adalah kawasan diwartakan sebagai larangan merokok:
1. Pusat hiburan atau teater kecuali kasino
2. Kawasan hospital atau klinik
3. Lif atau tandas awam
4. Tempat makan
5. Kedai berhawa dingin
6. Bangunan dobi (Tindakan penguatkuasaan selepas 1 Januari 2025)
8. Bangunan hentian pengangkutan awam
9. Kawasan lapangan terbang
10. Kawasan premis kerajaan
11. Bangunan Parlimen Malaysia
12. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
13. Kawasan taman asuhan kanak-kanak
14. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
15. Kaunter perkhidmatan awam
16. Kompleks membeli-belah
17. Kawasan stesen minyak
18. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
19. Kompleks sukan
20. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
21. Kawasan perpustakaan
22. Kafe internet
23. Kawasan tempat latihan khidmat negara
24. Bangunan tempat kerja (Tindakan penguatkuasaan selepas 1 Januari 2025)
25. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
26. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
27. Di dalam bas sekolah
28. Di dalam kenderaan awam
29. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
Ingat, jangan merokok dekat tempat-tempat di atas ini ya! 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
MOST READ


Cover image via 