“Teman Mak Lawan Beyblade” – Aksi Wanita Sertai Pertandingan Beyblade Curi Tumpuan Ramai
Silap la adik tu, tengok tangan dah tahu akak tu pro!
Cover image via @beyblade_my (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa je yang tak kenal beyblade bukan? permainan yang diminati tak kira generasi
Dari Millennials sampailah ke generasi Alpha, semuanya pasti kenal akan permainan seperti gasing yang berasal daripada animasi Jepun ini.
Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular hantaran @beyblade_my di TikTok memaparkan sebuah pertandingan beyblade di pusat beli-belah Aeon Mall Alpha Angle, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat sedang bertanding menentang kanak-kanak lelaki jauh lebih muda daripadanya.
Apa yang menarik perhatian adalah, pusingan dalam video berkenaan dimenangi oleh wanita itu sekali gus mendapat perhatian orang ramai.

Video tular hingga tersebar ke platform media sosial lain
Disebabkan keunikan yang ada pada video itu, ia turut disebarkan ke platform media sosial Threads yang memunculkan banyak komen dari netizen kagum akan aksi wanita terbabit.
Rata-rata komen memuji wanita itu dapat memenangi pusingan tersebut walaupun menentang lawan yang lebih muda mungkin dilihat menjadi pilihan ramai untuk memenangi perlawanan.
"She knews the game very well, tak perlu aggressive nak menang," tulis sebuah komen.
"When a women secure ada hobby dia punya aura lain maciam," tulis sebuah lagi komen.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



