Tekad Ubah Landskap Politik, Syed Saddiq Beri Bayangan Bakal Tubuh ‘Parti Orang Muda’

Terdiri daripada pelbagai latar belakang kerja dan pengalaman termasuk petani dari Sabah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Google
Logo

Kira-kira 30 'ikon orang muda' menyertai pertemu­an diketuai oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam

Menurut laporan, dalam mesyuarat Rundingan Muda Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur itu, Syed Saddiq memberitahu, rata-rata peserta membangkitkan keperluan orang muda terlibat secara langsung dalam politik nasional tanah air tanpa mengira latar belakang dan warna kulit.

"Dalam kalangan 30 orang ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kerja dan pengalaman termasuk petani dari Sabah. Mesyuarat berjalan baik, namun kita belum bincang lagi keputusan untuk menubuhkan parti, strategi, kedudukan dan jawatan.

"Ini baru pertemuan untuk me­ngumpulkan idea. Akan ada perbincangan susulan dengan banyak lagi kumpulan orang mu­da" katanya.

Image via The Sun Daily

Menurut Syed Saddiq, beliau tidak menyangka dengan sambutan menggalakkan daripada mereka yang menyertai pertemuan itu

Antara yang dilaporkan yang menyertai pertemuan dengan Syed Saddiq itu, antaranya ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed; Penyelaras Kanan Suara Rakyat Malaysia, Amir Hadi dan penerima Biasiswa Rhodes untuk menyambung pelajaran ke Universiti Oxford, Ezzaty Hasbullah.

"Mereka mahukan wajah-wajah baharu, amanah, integriti dan kalau kita lihat sambil kita perjuangkan hak orang Melayu, kita tak boleh kompromi dalam hal ini.

"Contohnya kita lihat dalam satu per empat penduduk bumi di Sabah masih berada di bawah kemiskinan. Siapa yang akan perjuangkan hak mereka?

"Sebab itu kita perlu beri masa kepada yang muda tanpa melibatkan sentimen perkauman dan agama untuk selesaikan masalah negara," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang bekas peserta program realiti TV, Pencetus Ummah (PU) pula mendakwa dijemput Syed Saddiq untuk menyertai parti politik baru berkenaan

Berita itu dikongsikan Rahmat Ikhsan – atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat melalui akaun Twitternya hari ini.

Begitupun, tanpa menyatakan sama ada dia bersetuju atau pun tidak, Rahmat sebaliknya meminta pandangan pengguna Twitter mengenai pelawaan tersebut.

"Saya dan beberapa anak muda dijemput @SyedSaddiq untuk menyertai parti politik baru yang diasaskan anak muda.

"Apa pandangan Twiterjaya tentang penubuhan parti anak muda ni?

"Lai, lai (mari, mari) komen," katanya.

Image via Astro Gempak

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: