Tefal Tampil Berkolaborasi Dengan Rasa Rosz Lancar Delirice Max Rice Cooker – “Nasi Pasti Tak Basi”
Tefal Delirice Max Rice Cooker kini boleh didapati di semua gedung runcit utama seluruh negara.
Cover image via TefalFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Membawa inovasi terbaharu dalam menyempurnakan tugasan memasak di dapur, peneraju global peralatan rumah, Tefal, tampil dengan teknologi terbaharu menerusi pelancaran Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778) yang hadir dengan janji unik, 'Nasi Pasti Tak Basi' serta berkolobarasi bersama produk makanan terkenal Rasa Rosz
Menurut Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng , produk ini bukan sekadar periuk nasi, sebaliknya dicipta untuk memberi solusi menyeluruh kepada pengguna yang mahukan hidangan berkualiti, lebih praktikal dan bebas pembaziran makanan. Direka khas untuk gaya hidup moden keluarga Malaysia, Delirice Max mampu memastikan nasi kekal gebu, lembut dan segar sehingga 24 jam.
"Dengan Delirice Max, kami memberikan ketenangan hati kepada pengguna. Teknologi kami diakui boleh membuatkan anda menikmati nasi sepanjang hari tanpa basi. Ia memudahkan penyediaan hidangan harian serta menjamin kualiti masakan keluarga.
"Malah nasi yang dimasak dalam periuk nasi Tefal juga lebih gebu dengan teknologi pemanasan 3D Max di mana bahagian bawah periuk berbentuk bulat dan membantu proses memasak dengan lebih sempurna.
"Kami juga mengenalpasti faktor utama kenapa nasi cepat basi iaitu pengewapan air di dalamnya dan menambahbaik dengan empat lapisan pelindungan. Kami telah melakukan ujikaji dan dengan menggunakan Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778), nasi boleh bertahan selama empat hari," katanya.

Antara keistimewaan utama produk ini ialah teknologi Pemanasan 3D Max dengan empat lapisan pelindung yang mencegah pemeluwapan air
Dalam pada itu, pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd. dan juga tokoh usahawan terkenal tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, periuk nasi ini sangat membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.
"Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bersama dalam pelancaran ini yang menghormati tradisi kulinari negara," tambahnya.

Pengasas Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan menunjukkan hasil nasi tomato yang di masak menggunakan Delirice Max Rice cooker produk terbaru Tefal.
Image via TefalPelancaran rasmi di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall, Putrajaya diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas dan para wartawan, rata-rata berpendapat periuk nasi ini sebagai alat masakan yang memudahkan kerja dapur tanpa menjejaskan rasa asli hidangan.
Antara keistimewaan utama produk ini ialah teknologi Pemanasan 3D Max dengan empat lapisan pelindung yang mencegah pemeluwapan air, sekali gus mengekalkan kelembapan dan rasa nasi dari pagi hingga ke malam. Periuk sfera ultra tahan lasak yang digunakan pula memastikan pengedaran haba lebih sekata, menjadikan setiap butir nasi dimasak sempurna, tanpa risiko lembik atau hangus.
Lebih daripada sekadar memasak nasi, Delirice Max turut dilengkapi pelbagai program memasak untuk menyediakan aneka hidangan, menjadikannya pilihan serba guna bagi keluarga moden yang sibuk tetapi tetap mementingkan citarasa.
Tefal Delirice Max Rice Cooker kini boleh didapati di semua gedung runcit utama seluruh negara, memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman memasak yang lebih mudah, praktikal dan penuh kualiti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



