TCL Lancar Teknologi SQD-Mini LED & Ekosistem Rumah Pintar 2026 – “Pengalaman Tontonan Ultra-Premium”
Selain televisyen, TCL turut memperkenalkan Siri Penyaman Udara VoxIN.
Cover image via TCL MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gergasi teknologi global, TCL, secara rasmi mengukuhkan kedudukannya di pasaran Malaysia menerusi pelancaran rangkaian produk televisyen SQD-Mini LED 2026 serta portfolio penuh ekosistem rumah pintar (Smart IoT)
Dengan menguasai 50 peratus pegangan pasaran Mini LED global dan pendapatan tahunan melebihi RM206 bilion, TCL kini menyasarkan pertumbuhan agresif dalam segmen pertengahan hingga premium di negara ini.
Model flagship terbaharu, X11L, menjadi tumpuan utama dengan menampilkan teknologi SQD-Mini LED yang mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 10,000 nits dan 20,736 zon peredupan.
Pengarah Urusan TCL Malaysia, Ms Carolyn, menyatakan bahawa teknologi ini direka untuk mengatasi kelemahan teknologi OLED dari segi jangka hayat dan risiko skrin terbakar (burn-in).
"SQD-Mini LED bukan sahaja memberikan nilai kebolehpercayaan dalam kitaran pembaharuan 5 hingga 7 tahun, malah ia jauh lebih kos efektif berbanding OLED. Kami menetapkan penanda aras baharu bagi teknologi paparan premium di Malaysia," jelas beliau.
Bagi melengkapkan pengalaman tontonan imersif, kesemua model premium turut dilengkapi dengan sistem audio yang ditala khas oleh jenama terkemuka, Bang & Olufsen.

Inovasi VoxIN: Penjimatan tenaga pintar T-AI dan peralatan rumah berestetika tinggi
Selain televisyen, TCL turut memperkenalkan Siri Penyaman Udara VoxIN yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan T-AI. Inovasi ini mampu menjimatkan sehingga 37 peratus tenaga berbanding model konvensional, sekali gus memberikan penyelesaian praktikal kepada pengguna di tengah-tengah peningkatan kos utiliti.
Portfolio peralatan rumah TCL 2026 turut memfokuskan kepada segmen kediaman bandar premium menerusi:
- Peti Sejuk Terbina Dalam: Rekaan nipis dengan integrasi kabinet 1cm dan teknologi pensterilan T-Fresh.
- Mesin Basuh C682: Menampilkan Super Drum 540mm dan sistem Auto Dose untuk kecekapan mencuci yang maksimum.


Sebagai sebahagian daripada strategi pengukuhan jenama, TCL telah menandatangani perjanjian sebagai Rakan Global Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkenalkan teknologi paparan terkini TCL kepada audiens global.
Sepanjang lima tahun lalu, hasil luar negara TCL mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 18.3 peratus, membuktikan penerimaan positif pengguna antarabangsa terhadap inovasi dan kebolehpercayaan produk mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



