Tayang Duit Nafkah Untuk Isteri RM500K, Netizen Kata Konten Prince Syed Makin Keterlaluan

Ramai berpendapat konten pempengaruh itu semakin keterlaluan dan menunjuk-nunjuk.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila 'menayang' nafkah wang tunai sebanyak RM500,000 kepada isterinya

Menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya, Prince Syed dilihat sedang membahagikan beberapa bungkusan duit sebelum menyerahkannya kepada isteri, Fatin Syazwani Ishak.

"Salam RM500,000. Cukuplah perbelanjaan buat isteri dan anak-anak untuk setahun. Setiap satu bungkusan ada RM50,000.

"Mencari rezeki halal untuk keluarga," katanya.

Bukan itu saja, Prince Syed juga menunjukkan beberapa barangan kemas yang dibeli buat isterinya itu. Menurutnya, kesemua barang kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan.

"Tengah mengira semua duit sampai tak menang tangan. Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London. Kita pula macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya," katanya lagi.

Dalam pada itu, netizen menganggap konten Prince Syed sejak kebelakangan ini semakin parah dan keterlaluan

Ada juga segelintir yang menasihatkan pempengaruh itu agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk duit dalam media sosial kerana ramai mata memerhati dan apa-apa saja boleh terjadi nanti.

Antara komen netizen di Facebook:

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: