“Kalau UMNO Hilang Kuasa, Orang Melayu Akan Terbangsat,” Kata Najib
Menurut Najib, Melayu bakal hilang kuasa, maruah dan masa depan jika UMNO digulingkan.
Cover image via www.sinarharian.com.myPerdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa orang Melayu akan dibangsatkan jika UMNO hilang kuasa
Image via www.rakyatnews.my
Menurut beliau, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang segala-galanya. Tiada lagi kuasa, maruah dan masa depan buat orang Melayu.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Selain itu, Najib menambah dengan ketiadaan UMNO orang Melayu akan tersungkur, tertiarap dan terkecundang
Image via blog.paddypower.com
Dalam pada itu, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata UMNO akan lenyap jika kerajaan sekarang berjaya digulingkan
Image via www.sinarharian.com.my
Menurut beliau, jika UMNO terkubur Melayu hanya akan tinggal nama
Image via jebatmustdie.wordpress.com
Mustapha juga berkata, andaian sesetengah pihak bahawa sekiranya Najib ditumbangkan tidak semestinya UMNO akan hancur adalah salah
Image via www.themalaysianinsider.com
Sementara itu, sumber dari Free Malaysia Today (FMT) mencanggah kenyataan Najib dan menyatakan Melayu sudah cukup dibangsat oleh perdana menteri sendiri yang hanya datang meraih undi dan menghilangkan diri selepas itu
Sumber menambah, bangsa Melayu masih ingat ketika negara ditimpa musibah banjir dan 200,000 penduduk kehilangan rumah, Najib sanggup bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii
Image via www.themalaysianinsider.com
Begitu juga ketika Sabah dilanda gempa bumi, Najib dilaporkan masih meneruskan lawatan rasminya di Arab Saudi
Image via www.bharian.com.my
Memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia kini sudah bijak dan tidak mudah menerima pendapat kerajaan
Image via www.nst.com.my
Melayu kini sedang bangun bertanya dan mencanggah segala kenyataan Presiden UMNO
"Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara," kata sumber.
Image via www.facebook.com

