7 Situasi Riak Di Laman Sosial Yang Kita Sendiri Tak Perasan

Hmmm… mungkin.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS via Instagram
Logo

Image via facebook.com

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian sekeping gambar bertulis dari Azuwan Rusli di Facebook pada 26 Mei 2015 yang mendapat lebih daripada 12,700 perkongsian.

1. Check in kat hospital

Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. Padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… Pesakit pun cuma demam manja2 je… Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan 'check in' status fb kan… huhu

Gambar sekadar hiasan.

Image via facebook.com

2. Snap gambar anak dalam rumah

Snap gambar anak dalam rumah dengan caption "alahai anak mama ni bla bla bla…" … Padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yang jadi objek latar belakangnya… Yela kalau tak buat macam tu orang tak tau kan… Takkan semua orang nak jemput datang rumah…

Gambar sekadar hiasan.

Image via instagram.com

3. Syukur tak henti-henti

"Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk… bla bla bla"… Alhamdulillah itu dan ini… Padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanya dia sekarang (sebenarnya takde pon).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah SWT… Sesungguhnya Allah itu ada di mana2… Tak perlu guna Facebook sebagai orang tengah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via facebook.com

4. Tangkap gambar dalam kereta

Eh pastinya kena nampak stereng sekali… Caption, biasala.. "Alaa jam la jalan… Good morning semua… Letih la hari ini etc etc…" Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu… Hello kalau bawak Lamborghini ke Porsche ke ok la… Setakat Honda, Toyota, Nissan, dan yang sewaktu dengannya, hentikanlah dik.

Gambar sekadar hiasan.

Image via instagram.com

5. Check in kat Shopping Mall

Check in kat Shopping Mall dengan status "shopping untuk hilangkan stress" atau "ahhh hari2 shopping, habes la duit i…" atau "hmm i kalau dah bershopping macam ni la, susah nak berhenti"… hahaha kelakar kan… Sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ada yang jenis siap snap gambar paper bag lagi, nak tayang brand… Nak lagi parah siap snap tanda harga… Kalau gitu sah lah, korang ada penyakit 'CULTURE SHOCK'!

Gambar sekadar hiasan.

Image via instagram.com

6. 24 jam update pasal anak dia

Anak dia la yang paling cerdik, anak dia la yang paling comel… macam orang lain takda anak.. Tak pun sebok update pasal laki dia… Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini… hmm memangla itu Facebook awak tapi orang taknak tau setiap inci pasal keluarga awak.

Gambar sekadar hiasan.

Image via instagram.com

7. Tangkap gambar sendiri

Mulut biasala muncung, herot segala bagai, dengan caption "muka tanpa mekap… mata panda letih tak cukup tido bla bla bla…" dengan harapan ada la orang lain komen… "eh you still nampak comel la… nampak muda la dari umur sebenar etc etc…" Hmmm.. lu pikir la sendiri.

Gambar sekadar hiasan.

Image via instagram.com

Adakah anda salah seorang?

Image via

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih baik berdiam diri daripada update semua benda kan?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: