“Tak Sempat Tukar Ke?” – Remaja Galak Buat Content Tekan Tubi Sambil Pakai Baju Sekolah
Semangat betul.
Cover image via @izzathenic (TikTok)Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan di antara salah satu inisiatif dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
Secara tidak langsung, ia dapat mengajak murid-murid untuk menguatkan stamina dan mengekalkan ketahanan kardiovaskular.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat lucu seorang remaja yang melakukan tekan tubi telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Buat tekan tubi sambil pakai baju sekolah
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @izzathenic di TikTok, dilihat gelagat seorang remaja lelaki yang memakai pakaian sekolah sambil melakukan tekan tubi.
Apa yang lebih mencuit hati adalah remaja itu dilihat bersungguh-sungguh dalam melakukan tekan tubi sambil tuck out baju sekolahnya.
Di laman TikToknya, dia juga dilihat rajin membuat content dengan hanya melakukan tekan tubi.
Lihat video lain di bawah:
"Ni baru la the real tahan ngantuk kat sekolah balik je terus push up" – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 81.2K tontonan, 8.5K tanda suka dan 154 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan pakaian lelaki itu di saat melakukan tekan tubi.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok;
Image via @izzathenic (TikTok)
Image via @izzathenic (TikTok)
Image via @izzathenic (TikTok)
Kalau ya pun, tukarlah dulu baju sekolah tu bang 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

